Cari...

Teknologi

4 Misteri Di Internet Yang Menjadi Tanda Tanya Sehingga Sekarang

Kongsi

Misteri di internet, tahukah anda terdapat misteri yang menyelubungi pengguna internet sehingga ke hari ini? Banyak perkara yang disorok oleh beberapa orang yang mempunyai kecerdasan iq yang tinggi sehinggakan sukar untuk mengetahui identiti sebenar mereka.

Hari-hari kita melayari internet tetapi kita masih tidak tahu apa sebenarnya misteri di sebalik internet. Tentu ada pihak tertentu yang memerhatikan gerak-geri kita, apa yang kita pamerkan di internet menjadi perhatian.

Melalui Internet, banyak perkara yang kita boleh dapati. Segala maklumat yang kita inginkan semuanya ada. Begitulah hebatnya internet. Sehinggakan Internet digunakan untuk menganiaya pihak tertentu untuk mencapai kepuasan hati masing-masing. Jadi, haruslah berhati-hati menggunakan internet.

Banyak laman web yang kita boleh layari di internet tetapi ada beberapa laman web yang kita tidak tahu akan kewujudannya. Inilah 4 misteri internet yang membuat kita tertanya-tanya.

Misteri Di Internet

1. Mariana Web

misteri di internet
Foto: youtube.com

Mariana Web, namanya diambil sempena nama lautan yang terdalam di dunia. Apa yang misterinya di sini, laman web ini tidak dapat diekses menggunakan browser biasa seperti Chrome, Google dan lain-lain browser. Dikatakan, Mariana Web ini mempunyai 5 lapisan. Untuk sampai ke lapisan yang ke-5 iaitu lapisan paling dalam adalah sangat sukar.

Ada yang berpendapat, Mariana web kepunyaan orang-orang kuat dalam sesebuah pemerintahan. Rahsia yang ada di dalam Mariana web masih kekal misteri sehingga kini kerana di situ tersimpan rahsia sebuah kerajaan. Pada tahun 2015, Google dan NASA bersama-sama menyiasat kewujudan Mariana web. Namun, bukti yang diperoleh masih tidak dapat membuktikan Mariana web itu wujud atau tidak.

2. The Red Room

misteri di internet
Foto: bookriot.com

The Red Room adalah sebuah laman web misteri dan websitenya seperti aliran youtube. Apa yang mengerikan di sini, adegan penyeksaan dalam website ini dilakukan secara langsung. Red Room dalam kedalaman Deep Web iaitu tidak mudah untuk diakses. Ia juga seperti Mariana Web, tiada satu pun software yang dapat masuk ke laman web ini.

Baca juga  Reka Bentuk Pesawat Baru, Mampu Mengurangkan Penggunaan Minyak

Adegan penyeksaan seperti memukul, menampar, memotong dengan pisau, memukul dengan tukul dan gergaji dan sebagainya untuk menyeksa mangsanya. Namun, Red Room dianggap cerita yang diada-adakan dan tiada bukti yang adegan di situ sahih kerana laman web itu sukar diakses.

3. Bitcoin

misteri di internet
Foto: bitcoinist.com

Bitcoin merupakan matawang virtual dan tidak wujud. Apa yang kekal misteri sehingga kini adalah penciptanya. Siapa yang menciptakan Bitcoin masih tidak dapat dikesan. Ramai yang menyebut Bitcoin dicipta oleh Satoshi Nakamoto. Namun, nama Satoshi Nakamoto dipercayai bukan milik nama seorang tetapi sekelompok orang yang mencipta Bitcoin.

Kehebatan Bitcoin adalah mata wang yang tidak dapat dipalsukan. Tetapi Bitcoin juga mempunyai kelemahan iaitu dokumen, maklumat dan fail-fail boleh hilang jika terkena virus atau rintangan yang tinggi.

4. Cicada 3301

misteri di internet
Foto: youtube.com

Cicada 3301 wujud pada tahun 2012. Fungsi laman web ini iaitu memecahkan teka-teki yang diberikan untuk berhubung dengan pencipta laman web ini. Nama Cicada 3301 diberikan nama oleh para pengekses ke laman web ini dan bukanlah namanya yang sebenar.

Sesiapa yang mampu menyelesaikan teka-teki yang pertama maka dia dapat membuka teka-teki yang kedua. Laman web ini dipercayai untuk mencari ahli baru Dalam kumpulan tertentu dan terdiri daripada orang yang bijak pandai.

Melalui maklumat ini, kita percaya bahawa bukan kita sahaja yang ada di laman web ini. Orang-orang yang misteri dan bijak pandai juga mampu menyembunyikan identiti mereka yang mencipta laman web tertentu dengan tujuan tertentu sehingga kita masih tertanya-tanya sehingga ke hari ini.

Sebagai pengguna internet yang tegar, berhati-hatilah menggunakan internet. Jangan tertipu dengan permainan yang ada dalam internet. Tidak semua laman web di internet adalah tepat dan sahih. Maka, berhati-hatilah dalam melayari internet, jangan biarkan diri anda diselubungi misteri~

Tag:

Anda mungkin juga meminati

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *