Cari...

Kesihatan

3 Tips Sembuhkan Tulang Patah Dengan Berkesan Dan Cepat

Kongsi

Kita tidak dapat menjangkakan apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Bila kita mengalami kemalangan dan menyebabkan tulang patah, kemungkinan proses penyembuhan akan agak menganggu dan segala aktiviti juga akan terbatas. Bahkan proses penyembuhan tulang akan memakan masa yang agak lama dan tergantung dengan tahap kecederaan. Kadang-kala ada yang hanya berminggu dan ada juga sampai berbulan bahkan bertahun.


Pembetulan tulang yang patah adalah dimana ia mengembalikan tulang yang patah kepada kedudukan yang asal sebelum kecederaan. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan seperti melakukan pembedahan ataupun plaster dan pemutus pena secara pembedahan.

Sebaik saja melakukan pembedahan, semestinya anda akan dinasihatkan untuk berehat secukupnya dan kurangkan bergerak. Usah risau lagi, berikut merupakan beberapa cara yang boleh anda lakukan sendiri supaya proses penyembuhan menjadi lebih cepat dari yang dijangkakan.

1. Kompres panas

sains.kompas.com

Bagi penyembuhan cara ini, anda boleh saja gunakan satu beg yang dipenuhi dengan air suam ataupun tuala yang telah direndamkan ke dalam air panas untuk seketika. Kemudian tuamkan atau letakkan ke tempat yang patah. Anda boleh ulangi rutin ini sebanyak 3 kali sehari sekurang-kurangnya 30 minit.

Kaedah ini mampu mempertingkatkan aliran darah dalam membantu dalam pembaikan tulang yang patah. Cara ini hanya boleh digunakan pada bahagian patah yang tidak mempunyai kesan luka. Ini kerana, jika bahagian patah masih mempunyai kesan luka yang belum kering, jangan sesekali menggunakan kaedah ini, kerana dikhuatiri menjadi penyebab jangkitan kuman.

2. Jangan mengerakkan bahagian tulang yang patah

sains.kompas.com

Memang sangat disarankan untuk melakukan latihan bagi menguatkan otot-otot di kawasan yang oatah tulang. Namun ia hanya pada keadaan fraktur tulang yang bertambah baik. Jika masih baru, jangan sesekali anda kerap mengerak-gerakkan bahagian-bahagian tulang yang patah.

Baca juga  Makan Makanan Peransang Otak Boleh Membuat Anda Jadi Cerdik

3. Makan makanan yang sihat dan ambil suplemen

alodokter.com

Makan banyak makanan yang berkhasiat dan nutrisi adalah sangat diperlukan oleh mereka yang mengalami patah tulang. Makan makanan yang mengandungi kalsium dan vitamin D untuk mengekalkan tulang dalaman agar dalam keadaan sihat dan sembuh dengan cepat.

Amalkan makan makanan seperti yogurt, keju, kacang buncis, kekacang, tauhu, biji-bijian, brokoli, ikan sardin dan juga salmon. Di samping itu makan juga daging yang rendah lemak, sayur-sayuran dan banyakkan minum air putih setiap hari.

Pada masa yang sama, anda juga boleh mengamalkan makan suplemen tambahan sebagai membantu pemulihan tulang dengan lebih cepat. Sebaik-baiknya, anda memilih suplemen yang mengandungi magnesium, kalsium, vitamin D, vitamin K dan fostur. Ambil sebanyak 1200 mg kalsium setiap hari.

Walaupun dalam keadaan tulang yang patah akan sedikit menganggu, jika anda mengamalkan 3 cara mudah di atas, serba sedikit pemulihan tulag yang patah boleh disembuhkan dengan cepat. Elakkan dari minum minuman yang berkarbonat, minuman manis dan alkohol. Minuman itu hanya boleh melambatkan proses penyembuhan otot-otot tulang yang patah dan tulang yang lainnya.

Jangan lupa untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih lanjut dengan doktor bagi mengetahui akan tahap kesihatan tulang anda

Tag:

Tinggalkan komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *