Aku tiba di rumah setelah penat berkerja seharian. Aku melunjurkan kaki di atas sofa.

Isteri memberi aku segelas air. Anak lelaki ku memberi sehelai kertas.

English. 17 /100
BM. 35/100
Agama. 45/100
Sejarah 48/100
Geografi. 38/100
Maths. 40 /100
Gen.Science 37/100
Kesusasteraan 60/100
Arts. 68/100

Aku mula hilang sabar.

“Apa ni? Asyik henfon dan tv … inilah jadinya.
Berani kau tunjuk pada abah result kau tu?”

Isteri ku cuba menyampuk : “Sabar. Dengar dulu …”

Aku kata padanya :
“Anja diam. Ni semua salah anja manjakan sangat si boy tu.”

Isteri ku mencelah : “Oh. Salah anjalah?”

Aku berkata :
“Belum pernah anak2 kita dapat result seburuk tu.”

Si boy cuba menerangkan keadaan sebenar seraya berkata :
“Ayah. Saya membersihkan almari lama di dalam store dan saya terjumpa kertas ni.”

“Ini kad laporan sekolah ayah masa dulu.”

Sumber: gelihati