Buat yang mengikuti instagram, Datuk Seri Siti Nurhaliza pasti tahu mengenai perkembangan terbaharu dirinya di akaun peribadi yang menunjukkan kaki nya membengkak.

Siti yang kini dalam trimester ketiga lebih selesa memakai selipar suaminya kerana keadaan kakinya itu.

Perkongsian kaki bengkak itu mendapat perhatian, yang rata-rata memberitahu itu adalah satu tanda bakal bersalin tidak lama lagi.

Ada peminat yang turut memberi tips untuk mengurangkan bengkak di kaki ketika hamil.

Rata-rata peminat juga turut mendoakan agar proses kehamilan dan bersalin penyanyi ‘Aku Cinta Pada Mu’ itu dipermudahkan.

Siti sebelum ini memberitahu dia bakal melahirkan puteri sulungnya itu pada Mac ini.

Sumber: aliffchannel