Setiap orang mesti berhadapan dengan situasi ini. Iaitu ketika anda betul-betul dilamun cinta. Rasa cinta itu datang dengan sendirinya apabila anda menyukai seseorang itu sama ada di dalam diam atau terang-terangan. Saat paling bahagia apabila anda mengalami cinta pandangan pertama.

Cinta pandangan pertama berlaku ketika anda menjumpai seseorang yang tidak anda kenal namun perasaan anda menjadi tidak tentu hala apabila melihat si dia. Jantung terasa berdegup kencang lebih-lebih lagi jika si dia juga memandang tepat ke arah mata anda. Ini adalah antara salah satu permulaan anda mungkin akan dilamun cinta!


Mari kita lihat, tanda-tanda anda sedang dilamun cinta:

Sukar untuk melelapkan mata

Anda sangat sukar untuk melelapkan mata kerana asyik terfikirkan si dia. Ingatan anda kepada si dia menjadi menebal sehinggakan waktu tidur anda terganggu.

Sentiasa berdebar-debar

Jantung anda sentiasa berdebar-debar apabila bertembung dengan si dia. Dan anda menjadi semakin gelabah jika si dia semakin menghampiri anda.

Perasaan ingin tahu

Anda menjadi semakin suka ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda mungkin menjadi lebih tekun bertanyakan tentang si dia melalui kawan-kawannya.

Tabiat baru muncul – Suka termenung

Tabiat ini boleh muncul kerana anda mulai suka memikirkan si dia dan membayangi wajahnya. Boleh jadi anda tersenyum sendirian ketika tengah termenung.

Rasa rindu

Rindu merupakan bentuk emosi atau perasaan yang muncul dari manusia. Rindu sendiri muncul karena keinginan untuk bertemu atau kembali pada suatu moment yang terdapat pada waktu atau adanya kehadiran seseorang tertentu.

Pernahkah anda mengalami sebarang tanda-tanda ini? Jika pernah,  cuba tanya kepada pasangan anda tentang artikel ini.