Kecoh apabila pelakon sensasi Iqram Dinzly dikhabarkan cuba mengganggu persembahan Altimet pada malam Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) Ahad lepas.

Walaupun tindakan Iqram untuk naik ke pentas ketika persembahan itu dihalang oleh kakitangan yang bertugas, Altimet menyelar tindakan pelakon disifatkan keterlaluan.

“Kalau tak diundang naik pentas kau nak juga, siku kaki buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain siki,” tulis Altimet semalam.

Bagaimanapun, ‘ugutan’ Altimet itu mendapat respon daripada Iqram sendiri menggunakan alasan persaudaraan sesama muslim.

“Sekiranya jamah buku lima der, hamba hidang 5 perkara sebelum 5 perkara der! Allah ada. We are brother, muslim? Maaf der,” tulisnya di akaun Twitter pagi tadi.

Biarpun tidak dijelaskan maksud sebenar ayat tersebut, netizen rata-ratanya kurang bersetuju dengan tindakan Iqram.

“Kau tak payah nak sebut nama Allah. Nak tutup perangai hodoh kau tu,” tulis salah seorang pengguna Twitter.

Nama Iqram menjadi bualan netizen apabila muncul menari di pentas AJL32 apabila lagu Jampi (Hael Husaini) diumumkan sebagai juara.

Sebelum itu, kelibat Iqram yang berbaju kuning dilihat turut serta menari bersama audiens di hadapan pentas ketika slot selingan Pop Yeh Yeh ketika acara terbabit.

Lagu Amboi nyanyian Altimet pada AJL32 baru-baru ini berjaya dinobatkan sebagai persembahan terbaik menumpaskan 11 finalis lain.

Kisah Sebenar Kenapa Altimet Turun Pentas Ketika Iqram Dinzly Naik.. Kalau Tak Memang Jadi Lagi Teruk

PENYANYI rap Altimet mendedahkan terdapat satu insiden belakang pentas, Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) melibatkan pelakon Iqram Dinzly yang menaikkan kemarahannya pada Ahad lalu.

Altimet secara sinikal mengucapkan syabas kepada petugas pada acara itu kerana berjaya menghalang Iqram daripada membuat kemunculan selain dapat melindungi pelakon itu daripada mengalami kecelakaan.

“Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada staff Media Prima Berhad sebab lindungi dia dari ‘kecederaan’.

“Ini hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas kau naik jugak, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit,” tulisnya.

Pada acara itu, Altimet membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.

Manakala Hael Husaini muncul sebagai juara AJL32 menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong, Jampi.

Difahamkan tindakan Iqram itu tanpa persetujuan pihak produksi.
Dalam pada itu, Altimet memberitahu dia meninggalkan pentas utama ketika Hael menyanyikan lagunya selepas diumumkan sebagai pemenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila melihat Iqram turut naik ke pentas bagi meraikan kemenangan Hael itu.

“Sebab itu masa kau naik pentas bila juara nyanyi lagu sekali aku ‘chow’. Tak nak keruhkan keadaan,” tambahnya lagi.

 

Sumber: http://ngonyelngonyel.com