Malam perkahwinan seorang pengantin Kemboja yang berusia 18 tahun ini bukan sahaja hancur tetapi tubuhnya juga turut diratah oleh lelaki yang bukan suaminya.

Remaja yang enggan namanya disiarkan itu tidur lebih awal daripada suaminya selepas merayakan perjumpaan mereka. Suspek, Chhoen Chanseng, kemudian memasuki bilik dan berpura-pura menjadi pengantin lelaki. Dia naik ke tempat tidur dengan mangsa selepas pengantin lelaki yang sebenar tertidur akibat mabuk stupor di atas meja di luar rumah di kampung Chhkues di wilayah Prey Veng di selatan Kemboja.

Sehingga keesokan harinya mangsa mendapati bahawa lelaki yang lain telah tidur dengannya pada malam sebelumnya. Keluarganya bergegas mendapatkan mangsa selepas dia menjerit meminta pertolongan.

Timbalan ketua polis Prey Veng, Pov Chivy berkata: “Menurut laporan soal siasat, suspek mengakui bahawa dia sebenarnya telah lama mencintai pengantin perempuan itu, tetapi disebabkan keluarganya yang miskin, dia tidak berani untuk meminang pengantin tersebut.

‘Pada hari perkahwinan mangsa, dia mengawasi pasangan pengatin baru itu hampir setiap minit kerana rumahnya hnya terletak bersebelahan dengan rumah pengantin perempuan.’

Ketua Polis Daerah Kanh Chriech Sao Chantha mengatakan suspek pertama kali mengaku telah merogol pengantin perempuan itu sebanyak tiga kali tetapi kemudian mengubah pengakuannya dengan mengatakan ia sekali, untuk bersetuju dengan akaunnya.

Chantha mengesahkan: ‘Suspek telah ditangkap di dalam bilik pengantin perempuan dalam keadaan telanjang.’

Menurut pihak polis, suspek mengakui “Dia bercadang memperkosanya lagi,” tetapi dia tertidur. Keluarga pengantin lelaki yang ternyata sangat terkejut dengan kejadian yang telah mengubah segalanya dan kini mereka menegaskan yangbpihak mereka mahu perkahwinan itu dibatalkan.

Media tempatan melaporkan bahawa waran tahanan Chanseng menunjukkan dia telah didakwa dengan tuduhan merogol di bawah Artikel 239 Kanun Jenayah Kemboja

Sumber: paduseyh