Berikutan perkara ini berlaku di bandar Aceh, Polis Indonesia memotong rambut sekumpulan mak nyah yakni pondan dan memaksa mereka memakai pakaian lelaki, kata pihak berkuasa.

Ia susulan kempen membasmi komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender di negara paling ramai umat Islam di dunia itu.

Tambahan lagi, polis menyerbu beberapa salun kecantikan di wilayah Aceh dan menahan 12 mak nyah berhubung dakwaan mereka mengganggu sekumpulan budak lelaki.

Polis menuduh pekerja salun melanggar undang-undang agama di wilayah itu.

Puluhan penduduk tempatan cuba untuk menyerang sekumpulan jurusolek ketika mereka dibawa ke balai polis, namun dihalang oleh pihak berkuasa.

Polis kemudian memotong rambut panjang beberapa mak nyah berkenaan, selain memaksa mereka memakai pakaian lelaki dan bercakap dengan suara kasar.

“Kami mendapat laporan daripada ibu bahawa anak lelaki mereka diusik oleh mak nyah.

“Bilangan mereka semakin ramai di sini. Saya tidak mahu ia berlaku,” kata ketua polis tempatan, Ahmad Untung Surianata.

Sumber: bharian