Apa yang anda lakukan jika dipaksa untuk berlakon dengan seorang pelakon hebat seperti Syamsul Yusof secara mengejut? Pasti anda terpinga-pinga bagaimana nak memulakan dialog secara spontan. Inilah yang dilakukan oleh krew Syamsul untuk prank orang awam bagi mempromosikan Makrifat Cinta yang bakal ditayangkan di pawagam.

Sangat melucukan jika melihat gelagat-gelagat orang awam apabila dipaksa berlakon tanpa skrip. Sudah dipaksa berlakon, dimarah pula. Namun mereka tetap berlakon walaupun terpaksa. Syabas kepada rakyat Malaysia kerana sporting dalam apa jua keadaan.

Terserlah kekekokkan nya bila bertemu dengan artis hebat ini. Siapa sangka boleh berlakon sekejap pun jadilah kan? Bukan senang ada peluang untuk berlakon dengan artis tempatan ini. Lagi-lagi dengan pelakon yang ternyata hebat di pawagam.

Geli hati jika melihat gelagat mereka kena marah. Memang rasa serba salah sebab tak tahu menahu tentang pengambaran set di situ, terus di suruh berlakon. Memang prank ini betul-betul menyimpan kenangan yang tidak boleh dilupakan bagi sesiapa yang terkena.

Inilah wajah-wajah pelakon dan dalangnya yang membuat projek prank untuk Makrifat Cinta. Balqis pun turut serta dalam pengambaran dan menjayakan projek prank tersebut. Mereka mengambil beberapa orang awam untuk dijadikan mangsa untuk berlakon secara spontan.

Tengah membeli belah, tiba-tiba di sapa oleh Balqis. Mane tak terkejut nya mak oii. Apa-apapun mari kita saksikan video penuh diambil dari facebook share ini.

 

Sumber: facebook share