Wanita memang suka jika bibirnya munggil dan jugaseksi, selain itu mereka menginginkan bibir yang lembut dan cantik. Selain menggunakan pelembab bibir yang kononnya mampu memberi kelembapan pada bibir, padahal kita tidak tahu apa kandungan dalam kosmetik tersebut, anda boleh melakukanya di rumah dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi.

Keledek merah

Sapukan potongan keledek merah ini pada bibir anda dua kali sehari supaya warna aslinya serap di bibir.

Minyak zaitun

Sapu dan urut bibir anda menggunakan minyak zaitun setiap malam sebelum tidur. Khasiat minyak zaitun mampu melembutkan dan mencerahkan bibir anda.

Madu

Madu mempunyai khasiat yang sangat baik untuk melembabkan dan sekaligus mencerahkan warna bibir.

Lidah buaya

Aloevera dapat menyembuhkan bibir pecah dan sangat berkesan untuk menyembuhkan kulit kering. Untuk mendapat hasil yang terbaik sapukan aloevera di bibir anda setiap malam.

Minyak almond

Minyak Almond mengandungi vitamin E yang mampu memberi kelembapan pada tahap maksimum dengan waktu yang singkat. Anda juga boleh gabungkan minyak almond dan madu sebagai sapuan harian sebelum tidur.

Selamat mencuba ya!

Sumber: Aliff Cannel