Banyak sekarang artikel yang pelik-pelik yang di muatkan di dalam media sosial seperti facebook. Kadang kala artikel yang tak masuk akal pun ada. Perkara ini sangat tidak bertanggungjawab kerana ia akan membawa kekeliruan kepada masyarakat terutamanya generasi baru yang dahagakan ilmu pengetahuan. 
Pengaruh media sosial sangat mempengaruhi para remaja zaman sekarang kerana mereka banyak yang merujuk langsung di internet terutamanya media facebook. Seperti yang kita tahu, kini banyak artikel-artikel yang pelik dan kadang kala tidak masuk akal untuk kita mengikutinya. Seperti contoh, artikel berkenaan dengan tips-tips kesihatan bertajuk, “Melihat Buah Dada Boleh Memanjangkan Umur”, “Tidur Tanpa Memakai Seluar Dalam” dan macam-macam lagi. Hal ini boleh memesongkan akidah anak remaja zaman sekarang kerana mereka sangat suka mencuba.

Bukan itu sahaja, kadang kala berita-berita palsu juga boleh memperdaya kita yang dewasa ini. Berita palsu harus ditapis supaya tidak tersebar luas bagi tidak merugikan mana-mana pihak. Hal ini sangat penting kerana adanya berita palsu boleh membawa fitnah yang besar kepada sesiapa yang menjadi mangsa keadaan. Ramai yang tidak menyedari hakikat ini kerana kita kebanyakkan bertindak atas apa yang kita baca dan tidak menyelidik terlebih dahulu fakta tentang sumber yang kita baca. Oleh itu, kita harus berhati-hati dalam penyebaran berita palsu supaya kita tidak terlibat dalam apa-apa fitnah. 

Bagi kita yang sudah dewasa, sudah tentu tahu tentang baik dan buruk sesuatu itu. Dan pastinya kita tidak akan mengikut sesuatu yang tidak munasabah. Lain bagi remaja dan budak-budak yang masih mentah. Mereka tidak tahu sangat tentang dunia. Kebanyakan artikel yang begini hanya inginkan perhatian dan tarikan pengunjung supaya banyak artikel mereka boleh dibaca. 

Dengan menulis artikel ini, kami dari ceritamenarik.com menasihati para pembaca agar tahu tentang artikel palsu dan artikel yang benar. Artikel mestilah mempunyai sumber yang boleh dipercayai dan bukan sumber yang tidak betul. Jika ada kesalahan dari pihak kami, anda boleh memberi sebarang komen selepas membaca artikel supaya kami boleh membuat tinjauan dan memadam beberapa artikel yang tidak berkaitan. 

Dengan ini, kami berharap supaya pembaca-pembaca artikel di ceritamenarik.com dapat terus bersama kami dengan lebih banyak cerita menarik, tip-tip berguna, berita hangat, sama ada didalam atau diluar negara. 

Sila like page kami 

www.facebook.com/ceritamenarikdotcom