Sememangnya wanita ini suka mengintip apa yang dibuat oleh pasangannya. Adakah dia berlaku curang atau sebaliknya. Fikiran wanita ini memang rumit. Mereka sering berfikir tentang perkara negatif terhadap pasangan. Ada-ada saja perkara yang tidak betul di benak fikiran mereka. Mari baca kisah ini:

Wanita ini ingin membuktikan cinta kekasihnya sama ada kekasihnya berlaku curang atau tidak. Dia bersembunyi di bawah katil kekasihnya untuk membuktikan cinta kekasihnya setelah hubungan mereka sedikit renggang.

Terdetik dihatinya sama ada kekasihnya mempunyai kekasih lain selain dirinya. Untuk mendapatkan beberapa jawapan atas pertanyaan-pertanyaan ini, dia menulis surat kepada kekasihnya dan menulis bahawa hubungan nya telah berakhir, dia sudah tidak tahan, dan tidak yakin untuk melanjutkan hubungan itu.

Sebenarnya dia inginkan hanyalah sebuah reaksi dari kekasihnya dan sebenarnya tidak ingin berpisah dengan kekasihnyanya itu. Setelah dia selesai menulis surat, dia meletakkan nya di meja dan dia tahu kekasihnya pasti membaca surat yang dia tulis itu.

Dia tidak sabar untuk melihat reaksi kekasihnya, jadi dia bersembunyi di bawah tempat tidur dan menunggu. Akhirnya kekasihnya pulang. Dia rasa berdebar dan gembira, terbaring di bawah tempat tidur kekasihnya untuk mengetahui apa yang bakal berlaku.

Kekasihnya memasuki ruangan dan mulai membaca surat itu. Saat dia selesai membaca, wanita itu tidak mempercayai apa yang dia dengar.

Kekasihnya itu malah bersiul dan mengambil handphone untuk menghubungi seseorang. Dia mendengar kekasihnyanya berkata:

“Heloo sayang, saya akan menemuimu, kekasihku telah meminta untuk putus. Betapa bagusnya khabar berita ini, saya sangat senang sudah terbebas darinya.

Saya berharap dapat bertemu denganmu, sampai jumpa lagi,” ujar lelaki itu.

Sementara itu, wanita di bawah katil itu terpegun. Bagaimana ini boleh terjadi? Dia benar-benar tidak tahu.

Dia terbaring selama beberapa minit dan mendengar suara kekasihnya dan mengumpulkan beberapa barang.

Setelah teman lelakinya meninggalkan apartemen, air matanya mulai jatuh. Dia perlahan merangkak keluar dari bawah tempat tidur dan melihat sekeliling ruangan.

Ternyata ada surat kedua di meja. Surat itu dari kekasihnya dan ditujukan padanya. Dia mengambilnya dan mulai membaca.

Setelah selesai, dia merasa sangat malu, tapi lega. Betapa bodohnya dia? Surat itu berbunyi:

“Kamu lucu, lain kali jika anda ingin menipu saya, pastikan kaki anda tidak keluar dari bawah tempat tidur. Temui saya di toko. Sampai jumpa, Love You.”

 

Jom Share Cerita Menarik Ini Kepada Rakan- Rakan Yang Lain!