Malapetaka atau bala tidak akan turun jika kita tidak membuat kesalahan, oleh itu, harus diketahui oleh umum bahawa bala atau bencana boleh turun sekiranya terdapat perkara-perkara yang tidak disukai oleh Allah dilakukan. Kita haruslah patuh dan tunduk pada perintah Allah dalam menjalani kehidupan di bumi yang sementara ini. Sudah terjadi banyak bala atau bencana yang menimpa kaum-kaum terdahulu, sebagai peringatan Allah telah mengutuskan Muhammad dengan Al-Quran supaya manusia tahu sebab dan akibat jika perbuatan manusia itu melampaui batas. Oleh itu, janganlah melampaui batas terhadap apa-apa perkara yang diterangkan di dalam Al-Quran.

google image

Maksud hadis:
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah saw. Bersabda: ” Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan.
3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperturutkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya,
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara sudah ditinggikan di dalam masjid.
9. Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Para artis-artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan diubah menjadi makhluk lain”.

sumber gambar: antaranews

Jika telah terjadinya malapetaka maka, tiadalah pertolongan selain daripada Allah. Carilah sembahan-sembahan yang selain daripada Allah, sanggupkah mereka menolongnya?? Maka, tetap Allah jua yang MahaEsa dan Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Kelemahan datangnya dari diri sendiri, dan kebaikan itu datangnya daripada Allah.

Sumber: www.islamituindah.com.my