Seharusnya suami bertindak sebagai pelindung, bukan sewenang-wenangnya memukul isteri tanpa usul periksa. Hanya kerana syak wasangka yang belum tentu betul, sanggup memukul dan membotakkan kepala isteri.

Seorang wanita di pukul dan dibotakkan kepala oleh suaminya merupakan seorang kontraktor kerana mengesyaki isterinya itu mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

Memetik laporan Sinar Harian, Kejadian yang berlaku Isnin lalu, kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa telah menghubungi bapanya dan memberitahu ingin balik ke rumah orang tuanya di Petaling Jaya.

Menurut bapanya, anaknya yang berusia 32 tahun itu hanya menangis menerusi panggilan tapi tidak diceritakan apa yang sebenarnya terjadi.

Keesokan paginya, bapa mangsa menerima gambar anaknya melalui aplikasi dari besannya menunjukkan anaknya itu dipukul dan dibotakkan kepala oleh suaminya.

Bimbang dengan keselamatan anaknya, bapanya membuat laporan polis dan memuat naik gambar tersebut di laman Facebook.

Hasil siasatan pihak polis mendapati mangsa dipukul dengan menggunakan tangan di bahagian muka dan kepala.

Katanya, mangsa yang merupakan suri rumah telah mengalami lebam di bahagian muka, kepala dan kedua tangannya. Hasil ujian saringan air kencing mendapati suami mangsa positif dadah.

 

Sumber: Hanasuva