Memiliki tubuh tinggi lampai adalah satu anugerah dan keistimewan. Lebih-lebih lagi bagi wanita yang memiliki tubuh langsing, pakai apa saja pun nampak cantik.

Namun, menurut kajian tubuh tinggi ada kekurangannya dan sesuatu yang membimbangkan.

ALAMI MASALAH PERTUMBUHAN HORMON & MENGGANGGU JANTUNG

Kajian mendedahkan, mereka yang bertubuh tinggi risiko lebih tinggi untuk mati awal kerana masalah pertumbuhan hormon.

Hormon pertumbuhan yang dihasilkan di dalam kelenjar di bawah otak boleh menyebabkan pertumbuhan tidak normal hingga tubuh mengalami gigantisme. Kadar hormon pertumbuhan yang berlebihan boleh mengganggu jantung.

TINGGI TIDAK LEBIH 5 KAKI HIDUP LEBIH LAMA

Kajian yang diterbitkan di dalam Postgraduate Medical Journal (British Medical Journal) mendedahkan, terlalu banyak hormon pertumbuhan dalam badan membuatkan dinding jantung lebih tebal, dimana ia memperlahankan prestasi jantung semasa mengepam darah.

Gangguan ini boleh mengakibatkan kegagalan jantung atau komplikasi penyakit lain seperti kencing manis. Bagi mereka yang memiliki ketinggian tidak lebih dari 5 kaki ternyata mempunyai peluang tinggi hidup lebih lama.

Jadi, bagi mereka yang rendah jangan rasa bimbar kerana anda berpeluang untuk hidup lebih lama dari mereka yang tinggi.

Sumber: Hanasuva