Kedengaran seperti orang yang hilang akal apabila viral satu kisah di mana seorang wanita Filipina yang menurut portal AlterVista, seorang wanita yang bernama Shane Marie telah sanggup untuk membayar sebanyak 20,000 peso atau lebih kurang RM 1,700 kepada mana-mana lelaki yang dapat membuatkan dia hamil.

Posting itu di letakkan di laman facebook beliau untuk memberikan tawaran kepada mana-mana lelaki yang berminat. Namun begitu beliau meletakkan syarat bahawa lelaki yang di mahukannya itu perlulah tinggi, tampan dan berkulit cerah.

Dalam posting itu juga, dia berjanji akan menyerahkan wang sebanyak RM 1,700 selepas dia di sahkan hamil.

Posting itu telah menjadi tular dan kontroversi dan kelihatan agak melampau. Rakan terdekat beliau agak terkejut melihat Shane Marie membuat tawaran sebegitu namun tampil memberi penjelasan kenapa rakan beliau bertindak begitu.

Mengikut sumber, Shane Marie telah berhijrah ke Arab Saudi untuk bekerja dan meninggalkan suami dan anak perempuannya di Filipina.

Setiap bulan dia akan menghantar wang untuk memberi support kepada keluarga. Namun begitu 2 tahun berada di negara orang, dia dikhabarkan bahawa suaminya telah curang dan bersama dengan perempuan lain dan anaknya juga di bawa bersama. Shane Marie sedih dan tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.Shane merindui anaknya dan mahukan anaknya sendiri.

Kerana itulah dia sanggup untuk membayar RM 1,700 kepada mana-mana lelaki yang sanggup untuk menghamilkannya.Lelaki itu juga menurut Shane Marie tidak perlu bertanggungjawab terhadap anak itu kerana dia sepenuhnya akan menjaganya.

 

Sumber: Ohtrending