Statistik menunjukkan bahawa 1 daripada 3 rakyat Malaysia mengalami masalah allergic terhadap sesuatu dan dijangka akan meningkat kepada 50% pada tahun 2020. Salah satu penyebab allergic adalah haiwan peliharaan. Pernah tak bergaduh dengan mak atau ayah apabila hendak memelihara kucing tapi dia cakap tak boleh sebab bulu dia? Masa tu mesti rasa nak merajukkan? Namun, itulah alasan orang tua kita bagi.

 

Simptom-simptom allergic termasuklah mata dan hidung menjadi merah, gatal dan berair, bersin, batuk, sakit atau gatal tekak, kulit menjadi gatal dan paling merbahaya sekali, kesukaran untuk bernafas.

Sebenarnya allergens yang berasal daripada haiwan peliharaan adalah berbentuk protein yang terhasil daripada dander (kulit kering/mati pada bulu) , air liur, air kencing dan sel sebum. Mana-mana haiwan mampu mewujudkan reaksi allergik tetapi yang paling biasa adalah KUCING tanpa mengira baka dan jenis bulu.

Kebanyakkan manusia mempunyai alahan terhadap berbagai jenis allergens contohnya debu, hama dan debunga dimana semuanya boleh dijumpai di rumah. Simptom alahan terjadi apabila badan kita terdedah kepada semua jenis allergens secara berlebihan. Oleh itu sekiranya kita berupaya untuk menyingkirkan allergens yang lain, secara tidak langsung, anda tidak perlu menyingkirkan Kucing anda. Sekiranya anda masih ingin berkongsi rumah dengan Si Comel, anda harus bersedia dari segi komitmen dan wang ringgit.

 

Berikut merupakan tips-tips yang boleh anda ikuti:-

Tingkatkan Kebersihan Persekitaran

Jadikan bilik tidur anda bebas dari allergens. Halang haiwan peliharaan anda daripada memasuki bilik tidur tersebut untuk memastikan bahawa anda bebas allergens selama sekurang-kurangnya 8 jam sehari. Gunakan tilam dan bantal yang hypoallergenic.
Kurangkan penggunaan fabrik. Permaidani, langsir dan upholsteri yang akan mengumpul allergens, dan pastikan ianya dibersihkan selalu atau lebih mudah lagi, tidak menggunakannya. Sekiranya anda masih memilih fabrik, amalkan pembersihan secara steam-clean dengan kerap. Penggunaan perabot rumah cotton-covered juga merupakan idea yang bijak kerana mudah dibersihkan.
Vakum selalu dan gunakan pembersih hampagas yang mempunyai bag elektrostatik pakai buang.
Pasang pembersih udara (air purifier) sekiranya mampu.
Gunakan spray bilik anti-allergen yang menyahaktifkan allergens menjadikannya tidak merbahayakan kesihatan
Bersihkan litter box kucing anda secara kerap dan gunakan filler yang kurang habuk dan bebas wangian.
Pastikan anda menggunakan sangkar yang mudah dibersihkan untuk haiwan peliharaan anda.

Kebersihan Haiwan Peliharaan:

Mandikan haiwan tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu. Gunakan shampoo yang tidak menjadikan kulitnya kering (rujuk doktor haiwan anda).
Keringkan haiwan anda dengan tuala atau produk yang mengelakkan pembentukkan dander. Pastikan ianya tidak mendatangkan bahaya kepada haiwan yang gemar menjilat dirinya, seperti Kucing.
Pastikan haiwan peliharaan anda bebas dari dermatitis atau penyakit kulit (kurap dll.).
Berus dan sikat haiwan anda selalu. Lakukan di luar rumah sekiranya boleh.

Jaga Kesihatan Diri:

Sekiranya boleh, mohon bantuan orang lain (ahli keluarga, pasangan, teman serumah) untuk membersihkan rumah dan haiwan peliharaan anda. Jika tidak, pastikan anda memakai topeng muka semasa proses pembersihan.
Basuh tangan anda selepas memegang haiwan peliharaan dan sebelum menyentuh muka kerana bahagian mata dan hidung merupakan bahagian yang paling sensitif terhadap allergens.
Pilih baju yang paling senang dibasuh sebagai pet outifit. Pakai baju tersebut bila bermain dan memeluk haiwan peliharaan anda agar baju-baju yang lain bebas allergens.
Bertemu dengan doktor, kalau boleh pakar alahan, untuk memastikan bahawa haiwan peliharaan tersebut adalah penyebab utuma kepada alahan anda dan membantu mengurangkan simptom-simptom daripada menjadi kritikal. Pastikan anda mendapatkan desensitizing shots (suntikan alahan) sekiranya mampu untuk mengurangkan sensitiviti terhadap allergens.

 

Sumber: Pena Jari Biru