Tentu anda tidak percaya bahawa bahan masakan ini boleh dijadikan baja bagi meningkatkan produktiviti tanaman anda malah ia boleh mempercepatkan proses pertumbuhan bagi tanaman anda. Asid glutamik bebas terdapat banyak dalam aditif makanan. Bahasa terkenalahnya adalah MSG (monosodium glutamate). MSG dikatakan sebagai salah satu penyedap rasa yang kelima. Hal ini berkaitan penggunaan MSG sebagai salah satu penggalak tanaman. Penggalak tanaman berfungsi memberi ‘booster‘ kesuburan pokok selepas baja.

Penggalak Tanaman – AuxiGro

Pada tahun 1998, sebuah syarikat Amerika telah mengeluarkan sebuah produk pertanian berasaskan MSG (monosodium glutamate) sebagai bahan utama. Produk itu dinamakan AuxiGro dan dilabelkan sebagai ‘plant booster’ (penggalak tanaman). Tumbuhan yang disembur AuxiGro akan membesar dua hingga lima kali ganda berbanding tumbuhan yang tidak disembur AuxiGro .

MSG dalam AuxiGro menjadikan tumbuhan yang disembur signal palsu yang ia dalam keadaan ‘stres’. Tumbuhan bertindak balas dengan menyerap dan mengeluarkan nutrien tambahan di dalam tanah. Kesannya ia mengeluarkan pucuk baru, dan saiz batang, daun dan buahnya menjadi berganda besar.


Bahan MSG Alternatif – Ajinomoto

Walaupun kita tidak dapat membeli AuxiGro, kita boleh menggunakan jenama alternatif iaitu Ajinomoto. Ajinomoto memang terkenal di kalangan rakyat Malaysia sebagai bahan penyedap rasa kaya dengan MSG.

Menurut netizen (pengguna Internet) apabila pokok disembur MSG, akan menghasilkan kesan yang bagus. Terutama pada pokok yang susah nak berbunga. Dedaun sayur pula akan membesar dua tiga kali ganda saiznya. Kesan sama dengan AuxiGro.

Bancuhan Ajinomoto Untuk Tanaman Pokok

Terdapat dua kaedah.

Kaedah pertama:

Sukatan:

1 sudu teh (5 g) Ajinomoto per pasu

Tabur terus ajinomoto sebagai penggalak tanaman di sebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

Kaedah kedua:

Sukatan:

Pokok kecil – 1 sudu makan (15 g) + 5 L air (seperti sawi, kangkung, bayam, salad, pokok kari, serai, pandan dan lain-lain.)

Pokok besar (umur setahun ke atas) – 5 sudu makan (75 g) + 1 L air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan, manggis dan lain-lain.)

Siram keliling pokok dan sembur pada batang dan daun pokok. Kekerapan siraman adalah seminggu sekali.

Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tak pernah berbunga akan mula berbunga. Pokok yang hidup segan mati pun segan, pun akan mula menampakkan kecerahan hidupnya. Menakjubkan! Sila cuba cepat!

 

 

Sumber: kebunbandar.com