Pelik tapi benar, kes pembunuhan seperti ini jarang-jarang sekali berlaku. Namun setelah melalui siasatan polis Jepun keatas satu kes pembunuhan seorang wanita yang terlantar di atas katil dilaporkan menjurus kepada suspek yang langsung tidak disangka-sangka: seekor kucing liar.

Mayat Mayuko Matsumoto ditemui anaknya dalam keadaan berdarah teruk dengan hampir 20 kesan luka di muka pada Isnin di rumahnya di kawasan pergunungan selatan Jepun.

Polis melancarkan satu siasatan selepas melihat luka itu, yang mana ada darinya berada dalam keadaan sangat teruk, lapor RKK.

“Apabila kami menemuinya, darah bersepah-sepah di bahagian mukanya. Mukanya berlumuran darah dengan teruk. Saya tak tahu apa yang berlaku,” kata anak Matsumoto kepada RKK.

Matsumoto, 82, dilaporkan tidak mampu bercakap, dan terpaksa dijaga dengan rapi.

Pihak penyiasat tidak menemui sebarang kesan manusia masuk atau keluar dari rumah berkenaan ketika waktu kejadian.

Mereka kemudiannya sedar bahawa luka di muka matsumoto itu kelihatan cakaran kucing.

Selepas itu, polis mengalihkan perhatian kes kepada kucing-kucing liar yang selalu berkeliaran di rumah Matsumoto, dan berjaya menemui kesan yang mungkin darah manusia di salah seekor dari mereka, lapor akhbar Nishinippon Shimbun pada Jumaat.

“Polis sedang menganalisis sampel darah yang diambil dari kuku kucing itu yang mungkin telah mencakar mangsa,” lapor NHK.

 

 

Sumber: Siakapkeli