Sesiapa sahaja memang inginkan bibir yang kemerah-merahan kerana bibir yang merah secara semula jadi adalah bibir yang paling menawan sekali. Jika anda mengalami masalah bibir yang gelap, mesti anda berasa kurang keyakinan dalam berhadapan dengan orang di sekeliling. Lebih-lebih lagi jika ingin bertemu dengan teman istimewa.

Tidak kira perempuan itu sudah berusia ataupun masih muda, bibir yang menawan pastinya menjadi idaman supaya dirinya nampak lebih menyerlah dan berkeyakinan tinggi dalam apa jua keadaan. Ada beberapa faktor yang menyebabkan bibir kelihatan gelap, antaranya jika seseorang itu menghisap rokok. Sudah pasti sesiapa yang telah terlanjur dengan ketagihan merokok, banyak mengalami bibir gelap.

Disini ada cara untuk membuatkan bibir anda tampak lebih cerah dan segar.

 

Yang perlu anda sediakan ialah:
1 senduk makan madu
1 senduk teh gula pasir
1 senduk makan minyak kelapa

Cara mengaplikasikan:
Campurkan gula, madu dan minyak kelapa dalam mangkuk dan aduk hingga rata. Lalu, sapukan campuran bahan tersebut pada bibir sambil ditekan lembut dengan gerakan melingkar selama 5 minit. Kemudian, bilas dengan air sehingga bersih.Lakukan berulang kali seperti scrub bibir setiap hari untuk mendapatkan hasil warna bibir merah jambu yang natural. Selamat mencuba!

 

 

Sumber: haba-sehat.net

Tekan Share!