Banyak cara yang boleh suami tunjukkan tanda menghargai isteri selain daripada mengucapkan terima kasih, seperti pelakon romantik Amar Baharin yang baru-baru ini telah memberikan kejutan buat isteri tecintanya Amyra Rosli yang baru sahaja melahirkan anak mereka.

Tarikh 11.11 merupakan tarikh penuh makna buat pasangan selebriti Amar Baharin dan Amyra Rosli. Beberapa jam yang lalu, Amar telah memuat naik gambar Amyra bersertakan kata-kata manis sempena ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Lebih istimewa, pasangan itu berkongsi tarikh dengan ibu bapa Amyra, Rosli Awang dan Noor Zaridah Ahmad yang bersama meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-27!

 


Menerusi Instastory adik Amyra, Ajeera Rosli, nampak seperti Amar telah menyediakan makan malam romantis itu di taman rumah mereka memandangkan isterinya itu masih dalam pantang. Haa, effort tu!

Siap hias pokok dengan gambar-gambar

Parents celebrate sekali

Sumber: Instagram Amyra Rosli, Ajeera Rosli, Ohbulan