Memiliki badan yag sihat sememangnya idaman semua orang, tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Namun ramai yang salah mengamalkan tips-tips sihat.

Nenek usia 83 tahun ini pakar bidan bernama Tok Puan Jusoh, memiliki tenaga seperti wanita muda, apakah rahsianya? beliau penasihat kepada penulis buku 9 Bulan 10 Hari karya Puan Nazira Nazir. Kata penulis ini, “Umur Tok Puan ni dah 83 tahun tapi tenaga dia mengalahkan orang-orang muda

Sebabnya masa berurut pantang untuk 2 orang anak, 4 tahun & 2 tahun, tenaga urutan yang Tok Puan bagi memang boleh sampai rasa nak patah tulang-tulang. Puan Nazira Nazir dan keluarga.

“Setiap sentuhan Tok Puan akan buat kita cakap ‘Ha.. betul.. betul.. situ yang sakit.’ Punyalah kuat instincr Tok Puan ni. Lepas habis urut badan kita rasa best sangat.. sangat.. sangat..”
Ada rahsia kenapa Tok Puan kekal bertenaga. Caranya Tok Puan pantang dengan betul lepas bersalin dulu.

“Orang dulu-dulu berpantang siap ada bara api. Letak di belakangnya bagi menggantikan tungku yang ramai wanita guna sekarang.”
Haa… ada ke yang berani nak pantang macam tu? Habis saja berpantang, kulit-kulit badan siap boleh dikupas-kupas keluarkan selepas dipanggang 45 hari.“Hasilnya, orang dulu lagi kuat dari kita.”

Tapi sekarang ini tidaklah perlu melalui sesi berpantang yang menyakitkan sebegitu. Cuma perlu jaga saja 14 cara berpantang yang amat mudah ini dan tak merumitkan. Tapi 14 hal inilah yang selalu wanita berpantang boleh buat-buat lupa. “Pantang Tok Puan Jusoh ni sweet sangat, tapi kalau kena urutannya, confirm ibu berpantang menjerit. Hihihi.. Pun begitu inilah cara yang betul nak pulihkan badan lepas bersalin.”

Pesan Tok Puan Buat 14 Cara Betul Pulihkan Badan Lepas Bersalin
Salah satu rutin urutan Tok Puan Jusoh.

STOKIN
Wajib pakai untuk elak kaki sejuk dan masuk angin.

DILARANG MENCANGKUNG
Koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana?

RAPATKAN KAKI
Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. Kesian miss v… Rapatkan kaki anda, dan bantu’nya’ cepat sembuh dari luka.

WANITA BERPANTANG BUKAN ULTRAMAN
So jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat.

BANGUN DI AWAL PAGI & ELAKKAN TIDUR SENJA
Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut-urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau.

JANGAN KELUAR RUMAH KECUALI KE KLINIK
Wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh menjemput ‘orang ketiga’. Elakkan.

JAGA IBU JARI KAKI
Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan wanita yang berpantang ni pitam, malah bentan.

ADAB KETIKA MANDI
Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah di atas bangku dan mandi air yang sedikit panas.

MEMBUANG
Ada wanita yang sangat takut nak ‘membuang’ air besar selepas bersalin… tips ni macam pelik skit.. hehe.. tapi ia sangat membantu. Membuanglah sambil berdiri. Ia mengurangkan rasa takut & ngilu.

JAUHKAN AIRCOND
Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan.

IKAT
Sepanjang berpantang tu ikat rambut sekejabnya. Ia mengelak angin dari masuk.

SUAMI TAKE NOTE YA!
Suami tolonglah bantu isteri. Sebenarnya tanggungjawab sediakan makan & basuh baju isteri masa pantang adalah suami sebab isteri tak boleh main air masa tu. Katakan suami bz, suami perlu sediakan someone untuk uruskan wife & anak anda. Jaga emosi & fizikalnya.

BERTUNGKU, MENGURUT & MANDI HERBA
Mengecutkan batu meriyan, MENGURUT mengangkat rahim dan MANDI HERBA menyegarkan badan sangatlah penting untuk buat mommy rasa macam princess tyme pantang.

MENU BERPANTANG
Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan.

Sumber: Islamitusempurna