Lain orang lain pula cara melamar, ianya adalah impian setiap wanita. Paling terbaru, seorang lelaki di China sanggup berbelanja hingga ribuan ringgit untuk melamar teman wanitanya. Terlajak kaya ni!

Apa yang pasti cara lamaran tersebut buatkan ramai yang makan hati. Macam-mana tak makan hati, kalau sanggup beli 25 buah iPhone X untuk kekasih.

Menurut Apple Daily, Chen, yang merupakan seorang programmer permainan telah membeli 25 buah iPhone X untuk melamar teman wanitanya, Lee selepas 2 tahun berkenalan. Chen memilih untuk membeli sebanyak 25 buah iPhone kerana ianya simbolik percintaan mereka dan usia teman wanitanya 25 tahun.

Untuk menjayakan lamaran tersebut, Chen berpakat dengan kawan-kawan dan adik-beradik teman wanitanya.

Chen mengatur iPhone tersebut dalam bentuk hati berserta cincin di atas kelopak bunga ros.

Lebih mengejutkan, selepas lamaran tersebut, Chen yang terlalu gembira memberikan iPhone tersebut kepada adik-beradik dan kawan teman wanitanya sebagai hadiah perkahwinannya.

Sumber: World Of Buzz