Semakin hari semakin pelik pula, bermacam-macam ragam dan apa yang menghairankan, kanak-kanak pun berperangai ganjil dan mengakui berasal dari planet lain selain bumi!

Seorang remaja mendakwa dia dilahirkan di planet Marikh dan dihantar ke Bumi untuk menyelamatkan manusia daripada kemusnahan akibat perang nuklear.

Boriska Kipriyanovich, dari Volgograd, Rusia mendakwa dia menetap di planet merah itu sebelum dilahirkan di Bumi bersama beberapa orang lain dalam misi menyelamatkan manusia.

Dia mendakwa berdepan perkara sama di Marikh akibat konflik nuklear sejak beribu-ribu tahun lalu dan kini bimbang Bumi juga sedang menuju kehancuran yang sama.

Boriska yang berusia 21 tahun memberitahu, dia adalah anak tunggal dan dirujuk sebagai `kanak-kanak indigo’ kerana memiliki kuasa serta berkeupayaan untuk menetap di Marikh.

Malah katanya, kebanyakan penduduk Marikh tidak tua dan usia mereka berhenti pada umur 35 tahun. Mereka sangat tinggi serta mempunyai teknologi canggih.

“Saya ingat lagi ketika saya berusia 14 atau 15 tahun. Penduduk Marikh sering melancarkan serangan hinggakan dia terpaksa turut serta dengan rakan-rakannya.

Sementara ibu bapa Boriska yakin anak mereka bercakap benar dan menceritakan kehidupan lalu di planet Marikh.

“Apabila kamu menunjukkan kepada anak kami akan saintis, termasuk angkasawan dan pakar sejarah, mereka bersetuju adalah mustahil untuk dia mereka cerita,’’ kata ibunya yang merupakan seorang doktor.

Malah penyelidik terkejut dengan pengetahuan Boriska mengenai sistem planet di seluruh dunia. Dia dikatakan mampu mengangkat kepala tanpa bantuan ketika hanya berusia dua minggu selepas dilahirkan.

Ibunya juga mendakwa anaknya itu boleh bercakap beberapa bulan selepas dilahirkan dan pada usia setahun setengah, dia sudah mampu membaca dan melukis.

Sumber: Terengganutimes