Kes buang bayi nampaknya semakin berleluasa, semakin moden semakin ramai yang berani ‘buat’ dan akhirnya membuang bayi sendiri. Siapa yang harus dipersalahkan?

Laporan terbaru mendedahkan, kaum Melayu masih menduduki tangga teratas antara yang paling ramai membuang bayi, dedah Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun di Dewan Rakyat semalam.

Memetik laporan The Sun, Azizah berkata sebanyak 174 kes pembuangan bayi dilaporkan sejak 2016 hingga Jun tahun ini.

Tambahnya, Selangor menduduki tempat teratas senarai itu dengan mencatatkan 23 kes pembuangan bayi yang dilaporkan pada 2016 diikuti negeri Johor dan Kuala Lumpur.

“Sukar untuk mengenal pasti bangsa bayi yang dibuang. Ada juga kes dimana kami tidak dapat mengenal pasti siapa ibu bapa bayi berkenaan. Tapi menurut hasil siasatan pihak polis, kebanyakan bayi yang dibuang adalah berbangsa Melayu.

“Kami tidak tahu bagaimana pihak polis mendapatkan keputusan tersebut tetapi itu maklumat yang kami dapat,” katanya.

Azizah menjawab soalan yang dikemukakan oleh Adun Hulu Langat, Che Rosli Che Mat sama ada kebanyakan kes pembuangan bayi melibatkan ramai orang Melayu atau bangsa lain.

Sumber: Hanasuva