Semalam bermulanya hari peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh Malaysia. Hari yang sememangnya menjadi debaran buat semua calon. Namun, lain pula yang terjadi kepada adik ini. Gementar ingin menjawap peperiksaan rupanya petanda ibunya pergi selamanya.

Anak kehilangan ibu bukanlah satu perkara yang kecil, apatah lagi apabila pemergian ibu tercinta disaat ingin mengambil peperiksaan SPM. Pasti ianya bukan satu perkara yang mudah diterima. Namun mati itu pasti tidak lambat sesaat malah cepat sesaat, apabila tiba masanya, manusia akan kembali kepada yang ESA.

Memang sebak mendengar luahan adik ini. Kehilangan orang tersayang di hari yang peperiksaan besar bukanlah perkara mudah. Semoga adik ini tabah menghadapi ujian Allah ini.



Rasa tidak sedap hati

Patutlah saya tidak sedap hati selepas solat Zohor tadi selain berasa degupan jantung tiba-tiba kencang, namun hanya menganggap ia perasan gementar sebelum menjawab peperiksaan.

Selepas habis menduduki peperiksaan itu, saya dipanggil ke bilik pengetua dan mula berdebar kerana melihat bapa saudara turut berada di situ dan meminta saya supaya bersabar.

Menurut anaknya, dia berasa gementar sebelum menjawab peperiksaan dan menganggap ianya perkara biasa. Namun, perasaan degupan tidak sedap hati rupanya petanda ibunya pergi selamanya.

Minta maaf tanda mahu pergi

Namun, pagi tadi dia ada meminta maaf kepada saya dan tidak menyangka ia petanda akan meninggalkan kami sekeluarga buat selamanya.

Ada tetamu hadir untuk menemui Ustazah Maziah dan kami terkejut melihat dia sudah tidak sedarkan diri dan mempunyai kesan muntah di pipinya.

Rakan Allahyarham yang juga guru sekolah sama pada awalnya mahu mengejutkan arwah pada 10.30 pagi. Namun dia tidak berbuat demikian kerana memberi ruang supaya berehat.

Tak sangka itu pesanan terakhir

Selain menghubungi ambulans bagi mendapatkan bantuan kecemasan, saya cuba melakukan bantuan pernafasan namun gagal dan dia disahkan meninggal dunia pada 12.15 tengahari.

Tidak sangka itu pesanan dan amanat terakhirnya kepada kami.

Menurutnya, dia masih teringat pesanan Allahyarham kepada rakan sejawatan lain supaya menjaga sekolah itu dengan baik sebelum ini.

Sumber: Harianmetro