Zaman moden sekarang bukanlah mudah untuk mendidik anak, apatah lagi apabila berkaitan dengan agama. Ramai anak-anak yang menolak jika berkaitan dengan pembelajaran agama, memang diakui sedikit sukar namun itu bukan alasan untuk ibu bapa mengambil remeh akan hal ini ‘tak mengapa, nanti besar boleh diajar’. Jangan tunggu anak sudah besar baru nak ajar mengaji, latih anak sedari kecil. Ketika mereka masih ‘segar’ la kita hendak didik mereka.

Disini ada beberapa tips berguna untuk anda bagaimana hendak mendidik anak kenali Al-quran dan bagaimana hendak menarik minat mereka untuk mendekati Al-quran.

11 tips asas rajin dan pandai mengaji

Tetap masa

Tetapkan masa untuk sesi mengaji anak-anak. 45 minit lepas solat maghrib contohnya. Boleh bantu bentuk disiplin masa anak-anak. Mereka juga dapat belajar bagaimana hendak menepati waktu dengan baik.

Jumlah muka surat

Tetapkan jumlah muka surat. Untuk anak yang tak hirau nak membaca, asyik tengok jammm saja, boleh tetapkan bilangan muka surat. Supaya, dia pulun nak habiskan berapa muka yang dia perlu. Tak payah banyak, 1 muka mungkin dah cukup.

Duduk bersama-sama

Bila ibu atau ayah duduk bersama, biasanya sesi mengaji menjadi lebih seronok dan gembira. Takdak lah terdetik dalam hati dia “Aku ja kena mengaji, ibu boleh pulak tengok tv” Haaaa Teeetttt

Pakaian khas/khusus

Adakan pakaian khas atau tudung / kopiah untuk mengaji. Wujudkan elemen eksklusif dan anak-anak rasa mengaji ni istimewa sebab ibu / ayah ambil berat. Ada “uniform” ni, feel dia lain sikit kan?

Puji sikap anak-anak

Puji sikap baik anak dan bandingkan dengan sikap kurang baik kita dulu. Puji bagi dia yang menang. “Ibu dulu, setiap hari tok kena suruh mengaji. Kesian tok. Kakak ni bagus, ibu tak payah suruh, kak memang rajin mengaji sendiri. Kembangggg kan bila kena puji.

Beli al-Quran/Iqra untuk anak

Beli Al Quran / Iqra’ khas untuk setiap anak. Tulis nama dan minta dia jaga elok-elok. Ini boleh bagi sense of belonging. Nanti dia sayang buku iqra’ dia

Ajar adik

Kakak / Abang boleh dilatih untuk ajar adik mengaji. Perbuatan ni boleh memupuk leadership dan juga menyebabkan wujudnya rasa hormat adik-adik pada kakak/abang. Mereka bukan sahaja lebih rapat, malah akan sentiasa bergantung satu sama lain. Mereka akan lebih rasa seronok jika sesama mereka yang mengajar. Ini kerana mungkin ibu dan ayah agak garang bila mengajar kan?

Cerita kenapa perlu mengaji

Jika mahu mereka lebih suka dan menarik minat mereka dengan Al-quran, Sesekali cerita dan bagitau kenapa mesti mengaji atau kenapa pentingnya Al Quran. Perlu juga anak-anak tahu istimewanya Al Quran. Kanak-kanak mudah tertarik dengan sesuatu jika diselitkan dengan penceritaan yang menarik.

Sesekali beri ganjaran

Sesekali bagi la hadiah untuk mereka yang rajin mengaji. Jika ingin lebih menarik, sesiapa sahaja yang pandai dan khatam Quran, anda janjikan ganjaran. Bukan hendak mengajar anak-anak erti tamak. Tapi ia adalah salah satu langkah bagaimana hendak menarik minat mereka dengan Al-quran.

Baca doa akhir mengaji

Baca doa di akhir sesi mengaji. Baca doa dalam bahasa yang difahami. Sebut nama setiap anak-anak dalam doa tersebut. iNi boleh buatkan mereka bersemangat untuk mengaji setiap hari.

Sumber: Siakapkeli.my, leav.my