Ada diantara kita beranggapan bahawa cinta pertama tiada gantinya, ada yang melabelkan cinta pertama itu adalah ‘cinta mati’. Namun sebenarnya Allah s.w.t sudah berjanji kepada umatnya bahawa setiap yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya dan pasti akan digantikan dengan yang lebih baik.

Anggap sahaja jodoh kali kedua adalah pilihan yang terbaik setelah cinta pertama sudah pergi. Mengapa kenangkan orang yang sudah tidak menghargai anda dan anda harus bersedih? Pasti cinta kedua lebih baik dari yang pertamanya!

Ada 4 sebab munasabah kenapa cinta kedua itu jauh lebih baik dari cinta pertama.

1. BELAJAR DARI KESILAPAN
Putus cinta pertama anda belajar banyak perkara. Apa yang patut buat dan apa yang tak patut lakukan dalam perhubungan. So, cinta kedua anda akan lebih berjalan lancar.

2. MEMBERI ANDA KEKUATAN
Gagal cinta pertama boleh buatkan seseorang itu jatuh teruk dan sangat kecewa. Tapi jika anda boleh move on dan bertemu dengan cinta kedua, itu menunjukkan hati anda semakin kuat.

3. CINTA ANDA LEBIH DALAM
Oleh kerana hubungan cinta pertama gagal, anda akan perbaiki diri untuk cinta kedua. Lebih beruntung jadi cinta kedua dari cinta pertama kan?

4. MEMPERCAYAI PASANGAN ANDA
Satu perkara perlu buang dalam hubungan adalah berprasangka buruk. Dalam hubungan cinta kedua, anda akan lebih mempercayai pasangan anda demi hubungan yang lebih sihat.

Jika anda salah seorang yang pernah kecewa dalam cinta, jangan pernah takut mencuba cinta baru, pasti akan ada yang lebih menghargai anda. Kenapa harus bersedih dengan hubungan yang gagal sedangkan anda boleh membina cinta lebih baik dari sebelumnya.

Sumber: Hanasuva