Bermacam-macam cara untuk mendapatkan bentuk tubuh idaman, namun siapa sangka bahawa dengan tidur juga dapat mengurangkan berat badan anda! Jom kita lihat apa kelebihan tidur malam untuk bentuk tubuh yang ideal.

MAKAN MALAM AWAL

Jika makan sebelum tidur proses pencernaan akan menjadi perlahan. Ia akan membuatkan jumlah lemak sedia ada berkembang. Pastikan makan malam lebih awal untuk memastikan sistem pencernaan membantu sistem penghadaman.

SENAMAN RINGAN SELEPAS MAKAN

Salah satu yang boleh dibuat ialah berjalan-jalan selepas makan malam. Ia membantu fungsi penghadaman lebih baik. Kualiti tidur juga bertambah baik.

PASTIKAN SUHU BILIK DINGIN/ RENDAHKAN SUHU BILIK

Tidur di suhu bilik yang sejuk membantu untuk membakar kalori. Ini kerana tubuh bekerja keras untuk meningkat suhu badan sekaligus membakar lebih 100 kalori.

MINUM TEH HIJAU ATAU AIR LIMAU SUAM

Minuman ini mengandungi antioksidan yang melindungi tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tahap radikal bebas plumbum metabolisme badan. Minuman ini juga membuatkan anda segar dan bertenaga sepanjang hari

TIDUR SELAMA 7-8 JAM

Kajian mendapati kekurangan tidur boleh menyebabkan sel-sel lemak kurang sensitif terhadap insulin, perubahan metabolisme yang dikaitkan dengan obesiti.

Sumber: Hanasuva