Pereka fesyen terkemuka negara Jovian Mandagie Jovian telah berkongsi detik indah apabila memuat naik foto isterinya Nina Ismail yang selamat melahirkan puteri sulung mereka pada 1 November 2017.

Beliau yang terkenal dengan rekaan busana-busana indah terutamanya untuk perkahwinan para selebriti dan orang-orang kenamaan. Malah, pemilik butik Jovian Mandagie Sdn Bhd ini baru sahaja pulang memperagakan hasil rekaannya di Singapore Fashion Week 2017.

Keceriaan jelas terpancar melalui foto-foto yang dimuat naik di Instagram milinya dan beliau berterima kasih kepada isterinya kerana telah mengurniakan mereka cahaya mata. Sememangnya para suami harus menghargai jasa isteri yang bersusah payah melahirkan zuriat.

“Thank you sayang, no words can describe how thankful I am for what you have done today. You’re beyond wonderful. Love you ?

Jovian turut memaklumkan isteri dan bayinya berada dalam keadaan sihat serta sempat berterima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan isteri dan anaknya.

Akaun Instagram

Anak syurga itu sudah memiliki akaun Instagramnya sendiri yang diberi nama @mandagie_jr untuk berkongsi detik indah dan telatah comel anaknya itu.

Tahniah diucapkan kepada Jovian dan isterinya Nina Ismail. Semoga Baby Mandagie Jr membesar menjadi anak yang baik dan solehah.

Sumber: Ohbulan