Fenomena uber ataupun penganggkutan awam lain contohnya seperti motosikal, sudah pasti menjadi trend terkini bagi mereka yang mahu perjalanan yang lancar dan cepat. Dan ianya adalah salah satu punca pendapatan bagi mereka yang mahu menambah duit poket.

Setiap mereka yang menempak pengangkutan awam, pasti mengalami pengalaman-pengalaman tersendiri. Dari yang bertemu dengan lelaki kacak, wanita cantik, malah apa yang hendak dikongsikan ini adalah dari negara seberang, iaitu dari Indonesia.

Pemilik akun Instagram @ncess_nabati atau Fergy iaitu seorang lelaki berasal dari indonesia, bertemu dengan seorang wanita yang bekerja sebagai pembawa motosikal yang mengambil upah untuk menghantar sesiapa sahaja yang memerlukannya untuk sampai ke destinasi.

Kisah Fergy bertemu wanita tersebut disiarkan di akaun Instagramnya.

“Hari ini, pemandu motosikal adalah seorang perempuan hebat dan cantik!” terang Fergy.
setelah mendengar pujian tersebut, wanita berkenaan mengucapkan terima kasih.

Pemandu “GoJek” seperti aplikasi GrabCar namun menggunakan motosikal. Pemandu wanita cantik ini dibayar berlipat ganda oleh pemuda yang menumpangnya.

Wanita berkenaan mengatakan bahawa dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak di kampung. Ibu mana yang tidak sayangkan anak, dan sudah pasti sanggup melakukan apa sahaja demi anak.

Sumber: putotyra