Nampaknya hangat pula isu tentang baju nasi lemak yang digayakan oleh Miss Universe 2017. Miss Universe 2016 menggayakan busana bertemakan KLCC sebagai pakaian kebangsaan. Kali ini Miss Universe 2017 bakal memperkenalkan Nasi Lemak pula ke persada antarabangsa.

Boleh dikatakan baju konsep nasi lemak tersebut menjadi bualan hangat di media sosial dan bahan ketawa netizen. Berikutan itu, pereka fesyen tanah air, Hatta Dolmat turut kongsikan pendapatnya tentang gaun pelik tersebut. Hatta juga menyelar dan memerli konsep pakaian tersebut kerana dianggap ‘terdesak’.

Tergamaknya hantar baju tersebut sebagai wakil Malaysia

Dalam posting tersebut, Hatta ternyata kecewa dengan konsep rekaan tersebut yang dianggap mengarut sedangkan ada ide lain yang boleh melambangkan Malaysia

Malaysia ada songket yang nilainya tinggi

Dalam status seterusnya, Hatta menyuarakan idea songket yang boleh digunaka pakai untuk melambangkan Malaysia dan tinggi nilainya. Hatta juga membandingkan model Malaysia dengan model antarabangsa, untuk rakyat Malaysia menilai sendiri mana yang lebih logik dan sesuai.

nah compare sendiri mana lagi Malaysia #missuniverse #missuniversemalaysia

A post shared by HATTA DOLMAT (@hattadolmat_) on

Ada betul juga apa yang dikatakan Hatta itu.

Sumber: Ohbulan