Mee segera jenama Indomie sememangnya sangat popular di Malaysia, rata-rata penduduk Malaysia memilih Indomie bukan sahaja kerana harganya lebih murah, malah rasanya sangat sedap.

Kalau ikutkan jenama Indomie agak komersial di Indonesia. Jadi tidak hairan jika ada yang sanggup menghasilkan beg tangan Indomie khas untuk wanita di Indonesia

Beg tangan yang dihasilkan oleh pereka terkenal Indonesia, Mirako Tampi itu, ternyata mendapat sambutan hangat.Pada awalnya beg tangan tersebut digayakan oleh selebriti Indonesia, Nindy, di Minggu Pertunjukan Fesyen Jakarta. Sekaligus, beg tangan tersebut mendapat permintaan ramai dan viral media sosial.

Beg warna putih bersulam itu merupakan buatan tangan 100% dan diinspirasikan dengan pembungkus Indomie goreng.

Ada ke wanita Malaysia yang berminat dengan koleksi bag ini?

Sumber: Hanasuva