Sebut saja nama Siti Nurhaliza, sudah pasti nama itu sentiasa terpahat dihati peminat-peminatnya, dan baru-baru ini, beliau diberi gelaran Datuk Seri, tahniah diucapkan.

Penyanyi no 1 negara Datuk Seri Siti Nurhaliza, 38, sebelum ini telah berkongsi khabar gembira dengan seluruh peminatnya berita kehamilan bayi sulung bersama suami, Datuk Seri Khalid.

Dan baru-baru ini, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada memuat naik video di instagramnya dimana dia duduk diatas kerusi roda dan ditolak oleh suaminya, dikatakan bahwa Datuk Seri tidak tahan berjalan jauh dan terpaksa duduk diatas kerusi roda berkenaan.

Alhamdulillah, moga Allah mempermudahkan segalanya dan saya bersyukur segalanya berjalan lancar pada malam ini. Terima kasih di atas doa-doa anda selama ini dan Alhamdulillah, Dimakbulkan Allah pada tahun ke 11 perkahwinan kami. Ini adalah sebahagian daripada petikan kenyataan saya. PERTAMANYA, SETELAH MELALUI FASA DAN TEMPOH TERTENTU, SAYA DAN SUAMI MENCAPAI KATA SEPAKAT UNTUK MENGUMUMKAN KEPADA ANDA SEMUA BAHAWA SAYA SEDANG HAMIL EMPAT BULAN. ALHAMDULILLAH, TIADA KATA YANG DAPAT MENGGAMBARKAN RASA SYUKUR DAN GEMBIRANYA KERANA ALLAH MEMBERIKAN KURNIAAN YANG TERLALU AGUNG INI SELEPAS 11 TAHUN KAMI BERSABAR. INILAH JUGA MENJADI SEBAB UTAMA KENAPA SAYA MEMILIH UNTUK BEREHAT KERANA KANDUNGAN DAN BAYI INI MENJADI KEUTAMAAN SAYA. 2. TUJUAN SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN DAN PENJELASAN INI JUGA ADALAH SUPAYA PIHAK YANG BERURUSAN DENGAN PENGURUSAN SAYA, SNP MEMAHAMI KEADAAN SAYA YANG TIDAK DAPAT MEMENUHI SEBARANG UNDANGAN SEJAK BEBERAPA BULAN LALU DAN JUGA UNTUK SUATU TEMPOH PADA MASA DEPAN. SUKA UNTUK SAYA KONGSI RASA SYUKUR DAN GEMBIRA KERANA SAYA MASIH DIBERI MENERIMA UNDANGAN UNTUK MENGADAKAN KONSERT, PERSEMBAHAN, KEMUNCULAN DI TELEVISYEN DAN RADIO SERTA MENJADI JURUCAKAP KEPADA PELBAGAI PRODUK. SAYANG SEKALI, KEBANYAKANNYA TIDAK DAPAT SAYA PENUHI. BAGAIMANAPUN, SAYA JUGA HARUS MELUNASKAN BEBERAPA TUGASAN JUGA SELEPAS INI YANG BERSESUAIAN DENGAN KEADAAN SAYA. 3. SEMOGA DENGAN PENJELASAN SAYA INI, SEGALA TANDA TANYA DAN DESAS DESUS SELAMA INI, TELAH TERJAWAB KERANA SAYA MEMUTUSKAN UNTUK BEREHAT DISEBABKAN OLEH KEHAMILAN SULUNG INI.

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Jalan jauh tak larat, jadinya saya naik kerusi roda .. #suamipecutmacamferrarri

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

Sehingga kini, video tersebut sudah menerima tontonan sebanyak 765,462 tontonan dengan 2834 komen turut ditinggalkan oleh pengikut-pengikutnya.

Rata-rata netizen memahami keadaan Datuk Seri kerana sedang sarat mengandungkan anak pertama. Dan ada segelintir netizen menceritakan pengalaman mereka.

”Sama mcm saya dulu, mengandung cepat mengah. Sampai suami pimpin, nak pkai baju pun semput. Semua tu pembawakan, bukan mengada-ngada. So, faham sangat tengok ctdk kena bawa naik kerusi roda. Pembawakan baby memang cepat letih.’‘ komen pemilik akaun ratuezza91

Sebahagian besar peminatnya memuji tindakan yang diambil oleh suami Siti yang dianggap oleh mereka sebagai sweet. Ada juga yang turut mendoakan agar Siti dan kandungan dilindungi dan diberi kesihatan oleh Allah S.W.T.

”Sweeeeeeet. Moga dipermudahkan dilindungi selalu. Aamin.” kata pemilik akaun _daisyshoppee.

”Semoga dipermudahkan sepanjang mengandung dan sihat selalu ye keduanya”

Sumber: Siakapkeli