Bermacam-macam karenah manusia zaman sekarang. Itu tak boleh, ini tak boleh. Mati akal kita dibuatnya. Sekarang viral seorang model Adidas berasal dari Sweden, Arvida strom berumur 26 tahun mendedahkan bahawa dirinya telah diugut rogol dan bunuh sekiranya tidak mencukur bulu kakinya selepas iklan Adidas tersebut dilancarkan.

Walaubagaimanapun, Arvida mendapat banyak pujian kerana berani mencabar dirinya untuk sebaris dengan model-model lain yang dianggap sempurna oleh masyarakat. Arvida berani menunjukkan siapa dirinya yang sebenar dan dia tidak mahu berpura-pura untuk kelihatan cantik.

Model tersebut bukan pertama kali menerima ancaman begitu. Malah Arvida pernah berdepan dengan kritikan selepas memuatnaik gambar dirinya tanpa mencukur bulu ketiak.

“Ini adalah perempuan paling jijik aku pernah jumpa seumur hidup,” demikian komen kejam netizen di dalam Instragramnya.

 

Sumber:  semuaviral.net