Terkini, 24 Oktober 2017 Yusuf Azmi Dan Abang Ali PPIM serah diri untuk di tahan dan didakwa. Pelik tapi benar. Itulah hakikat sebagai pembela yang sering membantu rakyat yang ditindas. Memang benar, anak-anak fitnah selalunya menuju kepada orang yang benar.

Adakah mereka wajar ditangkap atas khidmat pertolongan membantu rakyat yang tertindas. Nampak wajah amat kesal di air muka Yusuf Azmi dalam sesi LIVE FACEBOOK apabila ditanya kenapa PDRM mengarahkan beliau dan Abang Ali untuk serah diri di IPD Kajang atas kes AGR tengah tahun 2017

Berikut adalah info yang disebarkan sehingga VIRAL.
Pada 23 Okt –  Yusuf Azmi & Abang Ali dipanggil untuk serah diri di IPD Kajang & kemudian ke Kompleks Mahkamah Kajang untuk ditahan dan didakwa esok berkenaan dengan kes kereta pajak AGR Trade.

Difahamkan Yusuf Azmi & Abang Ali akan didakwa tanpa gagal. Apakah motif tindakan ini? Adakah untuk melemahkan semangat memperjuangkan hak masyarakat? Mengapakah tiada dakwaan keatas Dato’ Kabi yang menyebabkan ramai mangsa terpedaya walaupun ratusan laporan polis serta ratusan aduan yang PPIM terima tetapi tindakan hanya diambil ke atas PPIM.

Berani kerana Benar.

Berita penuh <—-

Sumber: kecohsangat.com