Ezlynn sah bercerai dengan suaminya di Mahkamah Rendah Syariah pada 23 Oktober 2017. Penyanyi terkenal dengan lagunya Hi Hi Bye Bye telah menamatkan perkahwinannya dengan lafaz cerai dengan talak satu oleh suaminya.

Adam Fahmy Shamsuddin, 38, melafazkan cerai talak satu terhadap Ezlynn atau nama sebenarnya, Azline Ariffin, 36, di hadapan Hakim Syarie Noorbyetty Nasir tepat pada pukul 10.30 pagi itu.

Sumber foto: utusan online

Ezlynn bersama pembantunya sewaktu hadir di Mahkamah atas sebutan semula kes penceraian terhadap bekas suaminya bagi mendengar keputusan dan cadangan penyelesaian penceraian di Mahkamah Syariah Jalan Duta.

Sebelum lafaz cerai dibuat, Noorbyetty mengarahkan Ezlynn dan Adam bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara mereka berdua.

Permohonan penceraian secara baik itu difailkan oleh Ezlynn pada 7 April lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 20 November 2011 namun sehingga sekarang mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.

Sumber: utusan.com.my