Pastinya ramai wanita yang gemar mewarnakan rambut, bagi mereka rambut adalah mahkota berharga, dan kerana itu mereka membuat keputusan untuk ‘menghias’nya dengan sebaik-baiknya termasuk lah dengan mewarnakan rambut.

Tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa mewarnakan rambut boleh menjejaskan kesihatan anda.


Seorang professor yang merupakan pakar bedah payudara (kehormat) dari Hospital Princess Grace di London mendedahkan bahawa wanita yang mewarnakan rambut mereka berdepan 14 peratus lebih risiko untuk diserang kanser payudara.

Profesor Kefah Mokbel yang juga perunding dalam pembedahan payudara itu menyatakan wanita tidak sepatutnya mewarnakan rambut lebih dari enam kali setahun bagi mengelakkan kanser.

Selain itu, beliau menasihatkan wanita yang gemar mewarnakan rambut supaya mengelakkan daripada menggunakan pewarna sintetik, sebaliknya memilih bahan-bahan semulajadi seperti inai atau buah bunga mawar.

Berdasarkan kajian Profesor Mokbel menyimpulkan: “Walaupun tugas lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan hasil kami, penemuan kami menunjukkan bahawa pendedahan kepada pewarna rambut dapat menyumbang kepada risiko kanser payudara.”

Beliau turut menulis di Twitternya: “Wanita dinasihatkan untuk mengurangkan pendedahan kepada pewarna sintetik rambut dua hingga enam kali setahun dan menjalani pemeriksaan payudara secara tetap dari usia 40 tahun.

“Memilih pewarna rambut yang mengandungi kepekatan minimum amina aromatik seperti PPD (kurang dari 2 peratus) adalah lebih baik.

“Penyelidikan lanjut diperlukan untuk menjelaskan hubungan antara pewarna rambut dan risiko kanser payudara dalam usaha memberikan maklumat yang lebih baik kepada wanita.

“Adalah wajar untuk menganggap pewarna rambut yang terdiri daripada ramuan herba semulajadi adalah selamat,” katanya.