Beberapa hari yang lepas, Datuk Siti Nurhaliza telah mengumumkan bahawa beliau telah mengandung 4 bulan, Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Datuk Siti Nurhaliza dan Suami. Namun berita tersebut tidak disenangi oleh semua orang. Biasalah manusia, ada sahaja yang tidak kena. Jika tidak mengandung, dikecam kata mandul. Sudah diberi rezeki mengandung, doa kandungan gugur pula. Allahuakhbar!

Dan semalam tular di media sosial Facebook apabila selebriti Azwan Ali yang terkenal dengan komen pedasnya terhadap apa-apa sahaja dan sering mencari publisiti, dia mula memuatnaik status seperti memerli seseorang yang telah memaklumkan tentang kehamilan dan kebetulan pula status itu dimuatnaik setelah Datuk Siti Nurhaliza mengumumkan berita gembira itu. Persoalan bermain difikiran netizen, adakah itu ditujukan kepada Datuk Siti Nurhaliza?

Jika ianya hanyalah kebetulan, harap Datuk Siti Nurhaliza tidak berfikir yang bukan-bukan, jangan stress dan terlalu memikirkannya. Ibu mengandung tidak boleh stress dan terlalu sedih. Harap apa yang dimuatnaik oleh Azwan Ali itu bukan ditujukan kepada Datuk Siti Nurhaliza. Rasanya antara mereka tiada permusuhan.

Kasar sungguh bahasa dilemparkan, agaknya kepada siapa status itu ditujukan ya?

Sumber: Sensasinews