Kelahiran zuriat adalah kelahiran yang ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang telah berkahwin, apath lagi jika ianya adalah anak sulung! Tahniah diucapkan kepada pasangan selebriti Amar Baharin dan juga Amyra Rosli yang kini bergelar ibu bapa. Nampaknya penantian itu sudah pun berakhir, dan selamat berpantang ya!

Pengumuman di buat di laman IG milik Amyra Rosli kira-kira jam 1.30 petang tadi. Amyra turut memuatnaik sedikit gambar anaknya itu.

Ini tulisnya:

Alhamdulillah.. “Aku mohon perlindungan untuk mu wahai anakku yg baru lahir, dgn kalimah2 Allah yang sempurna dari kejahatan syaitan, binatang2 berbisa dan dari kejahatan yg menakutkan” Amin.. Terima kasih semua atas doa yg tidak henti2 buat kami

Sebelum lahirnya anak syurga mereka, Amyra Rosly telah dimasukkan ke labour room hospital Prince Court. Amar Baharin dilihat memuatnaik gambar berada disisi Amyra Rosly yang ketika itu berada dalam active labour.

Dan nampaknya anak syurga itu sudah pun ada akaun Instagram sendiri, pasangan ini turut membuat akaun khas untuk anaknya itu dengan menggunakan nama @amyramarjr. Sehingga sekarang belum pasti apa jantinan anak mereka. Apa pun tahniah diucapkan kepada mereka.

Sumber: Beritamemey