Nampaknya artis kontroversi Fathia Latif kembali dengan cerita hangat yang ‘menjerut diri’ dengan kontroversi baru apabila sekali lagi dikecam dek tersalah tafsir sebuah tajuk berita yang dipaparkan di sebuah tajuk berita online berbahasa Inggeris.

Tajuk berita itu membabitkan cerita Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berbunyi, Khairy: Malaysia to be cashless society by 2050.

Pelakon drama Ariana Rose itu membuat kesimpulan sendiri berdasarkan tajuk itu dengan melihat ia tidak relevan kerana negara kita tidak lagi akan menggunakan wang tunai bagi sesuatu urusan pada tahun berkenaan.

“Kita nak jadi macam zaman batu balik ke? buat sistem barter balik. Kau bagi aku tv, aku bagi kau basikal. Takut,” tulisnya dengan memuat naik semula paparan skrin berita berkenaan di laman Twitter.

Oleh kerana sikapnya terburu-buru berkenaan status dimuat naiknya di laman twitternya itu, akhirnya membuatkan netizen memandang Fathia sebagai artis yang suka mencari publisiti murahan. Jika tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddim Abu Bakar itu, sebaiknya berdiam diri sahaja, jangan cuba berlagak pandai dan menjerat dirinya sendiri.

Tidak terhenti di situ dan saat menyedari khilaf dirinya, Fathia kemudiannya memuat naik status seperti mahu menegakkan benang yang basah dengan menyifatkan perkataan ‘cashless’ itu boleh dilihat daripada banyak maksud.

“Cashless: broad meaning. Nak tulis tajuk biar teghang (terang). Ni bukan tulis gossip,” tulisnya kembali di laman Twitter.

Netizen juga melihat pelakon berkenaan hanya sekadar membaca tajuk berita itu tanpa melihat isi kandungan yang ditulis sebelum mengeluarkan pendapatnya.

Oh ya. Cashless society itu bermaksud masyarakat tanpa tunai dengan menjalankan transaksi jual beli secara digital atau menerusi kad debit atau kredit.

Sumber: Rojakdaily