Berita kehamilan adalah berita yang menggembirakan buat para ibu, lagi-lagi bagi mereka yang sudah lama menantikan kedatangan zuriat beberapa tahun lamanya. Bila kita kongsikan kepada orang lain, belum tentu semua yang tumpang gembira kan?

Itu la yang dilalui oleh penyanyi tersohor tanah air Datuk Siti Nurhaliza, beliau baru saja mengumumkan kehamilannya yang sudah masuk 4 bulan kelmarin. Rata-rata peminta mengucapkan tahniah kepadanya kerana setelah 11 tahun menanti kehadiran cahaya mata, akhirnya hasrat tersebut tercapai. Namun bukan semua yang menyukainya, malah ada yang mendoakan agar kandungan tersebut gugur. Allahuakhbar!

Dan ada sebilangan peminat penyanyi tersohor itu marah dan bengang apabila membaca status yang dimuat naik itu.

Bagi sesiapa yang ada akaun twitter, bolehlah report terhadap pemilik akaun tersebut. https://twitter.com/xaly14/status/918977046071582720

Sumber: Ohduniawi