Setelah 11 tahun menunggu cahaya mata, akhirnya termakbul juga. Tiada yang paling menggembirakan hati peminat-peminat penyanyi tersohor ini apabila mengetahui bahawa beliau sudah hamil 4 bulan. Pasti senyum lebar Datuk K kan?

Semalam ramai yang ingin tahu apa komen dari suami Siti Nurhaliza, Datuk K. Ramai juga yang ingin tahu apa perubahan ketara yang dialami oleh Siti Nurhaliza di awal kehamilannya ini.

Datuk k mendedahkan, isterinya itu kini tidak boleh berjauhan dan akan berasa gelisah jika tidak bersama di sisi.

Ini komen Datuk K tentang berita kehamilan ini:

“Syukur, hajat yang begitu lama yang kita pendam. Yang lebih penting cahaya mata untuk Siti. Siti belum ada anak (kandung).

“Jika diizinkan, saya mahu dapat seorang puteri la kot…amin”

Ini pendedahan Datuk K tentang perubahan Siti.

“Perubahan Siti, dia tak boleh lama berpisah, kalau pukul 4 dah mula hantar mesej, ‘bila nak balik’.

Setiap pengalaman ibu mengandung pastinya berbeza-beza, namun itu la yang harus si suami faham akan kerenah pelik si isteri. Bukan mengada-ngada, tetapi ianya adalah lumrah apabila wanita mula hamil dan berkelakuan aneh.

“Ketika saya tinggalkannya ke London, pergi haji, masa tu memang dia gelisah.

Sementara itu, Siti Nurhaliza jga berkongsi telah mula berasa alahan ketika hamil.

Muka Siti Nurhaliza mula ada perubahan dan dia tidak mahu berjumpa orang ramai kecuali keluarga.

Ini komen Siti Nurhaliza:

“Kulit wajah Siti amat teruk sangat, kasar. Normal lah ibu mengandung, memang ada alahan yang berbeza. Alahan Siti betul betul buat Siti tak nak jumpa orang kan.

“Alahan ketika mengandung, Siti baru dapat nikmat rasa bagaimana ibu hamil dan dapat rasa pengorbanan ibu mengandung.

Sekali lagi diucapkan tahniah kepada Siti Nurhaliza. Kami dai ceritamenarik.com mengucapkan tahniah kepada Datuk Siti Nurhaliza dan suami diatas berita gembira tersebut. Moga semuanta berjalan dengan lancar dan baik-baik sahaja.

Sumber: Limaumanis.com