Bukan mudah untuk mengendalikan anak-anak yang super hiper ini, jika anda ibu bapa yang sangat penyabar pun mungkin boleh menguji kesabaran anda jika anak terlalu agrasif, mungkin boleh tercetusnya ‘gunung berapi’.

Tidak ramai yang tahu bagaimana untuk mengendalikan tekanan bila berhadapan dengan situasi ini. Jom kita lihat antara kaedah atau cara yang boleh anda cuba untuk mengawal stress jika berhadapan dengan anak terlalu aktif ini.

Latihan relaksasi progresif

Mula dengan menegangkan otot di kaki anda, Lepaskan tegangan otot kaki dengan perlahan-lahan. Jangan rehatkan seluruh tubuh badan anda pada masa yang sama. Lakukannya dengan perlahan-lahan dan secara beransur-ansur.

Seterusnya, tegangkan otot paha dan pinggul anda. Ketatkan kedua-dua otot ini sekuat mungkin, kemudian lepaskannya secara beransur-ansur.
Ulang latihan ini dengan otot lengan dan bahu. Kemudian bahagian dada anda.

Kaedah ini, dipanggil latihan relaksasi progresif. Ia boleh menenangkan otot dan badan dengan perlahan-lahan sehingga badan dalam keadaan rehat.

Latihan pernafasan

Apabila melakukan latihan pernafasan dengan menarik nafas yang panjang, ini boleh membantu menenangkan sistem saraf, meningkatkan tumpuan serta melegakan stress.

Oksigen terlibat dalam setiap proses utama badan, dan ia boleh membantu anda berehat.

Letakkan tangan di atas perut di bawah tulang rusuk, tarik nafas yang panjang. Anda sepatutnya merasakan perut mengembang dan mengecut. Ulang sehingga badan anda rasa tenang dan pastikan ia dilakukan dengan perlahan dan konsisten.

Lakukan aktiviti kesukaan anda

Jika boleh, luangkan sedikit masa untuk melakukan hobi atau aktiviti kesukaan anda.

Melibatkan diri dengan aktiviti kegemaran boleh membantu mengurangkan tahap stress, dan menenangkan anda.

Rehat

Anda boleh ambil masa untuk tidur sekejap, walaupun hanya untuk beberapa minit boleh mengurangkan tahap tekanan anda. Apabila dalam keadaan rehat, badan boleh pulih, dan kembali tenang apabila tertekan.

Anda perlu tahu bagaimana untuk mengawal stress, ini kerana jika anda terlalu sress, ianya akan menganggu kerja seharian anda diperjabat ataupun dirumah.

Sumber: Theasianparent