Bermacam cara mereka cuba untuk menghantar jin atau saka, sudah la percaya dengan benda khurafat, hantar pula kepada orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Ianya bukanlah satu perkara yang baik, terang-terangan pengamal ilmu hitam itu khurafat dilaknat oleh Allah s.w.t.

Apa yang hendak dikongsikan adalah kisah seorang wanita yang hampir-hampir dipukau dan diperlakukan dengan perkara yang tidak baik oleh seorang yang tidak dikenali dan mengaku dirinya sebagai seorang ustaz.

Lelaki berkenaan cuba memegang pinggang dan perut mangsa dan berpura-pura seolah-olah sedang merawat mangsa. Awas! Jangan telalu mudah percaya dan terpedaya. Terlalu ramai rang yang cuba mengambil kesempatan diatas kelemahan diri kita.

Seorang netizen mendedahkan, adik perempuan yang hamil didatangi seorang lelaki yang mengaku dirinya ustaz, ketika berada di wad ibu mengandung di sebuah hospital.

Lelaki berkenaan menawarkan rawatan percuma kononnya mahu membantu meringankan kesakitan yang dialami oleh ibu-ibu mengandung. Bagaimanapun, lelaki itu dipercayai cuba mengambil kesempatan untuk melakukan perkara syirik dan khurafat.

“Adik saya bersalin minggu lepas di hospital. Nak dijadikan cerita, dia didatangi oleh seorang lelaki yang mengaku ustaz. Dia kata nak tolong sebab nampak adik saya macam tak sihat.

Dia berikan air minuman. Masa itu adik macam sudah dipukau. Kemudian ‘ustaz’ itu mula pegang pinggang dan perut adik.

Mujur ada doktor cepat sampai dan tegur kenapa kacau pesakit. Ustaz itu terus berlalu pergi. Bila doktor tanya pada adik, “Suami ke?”, masa itu barulah dia macam tersedar dan cakap lelaki itu bukan suami dia.

Polis ada datang ambil keterangan dan dikatakan sekarang banyak kes orang cuba hantar saka atau berniat tidak baik.

Kepada ibu-ibu yang bakal bersalin dan ahli keluarga terdekat, berjaga-jagalah. Takut perkara yang tidak diingini berlaku. ”

Kepada ibu-ibu mengandung dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika berada dihospital, pastikan ada saudara maraatau suami menemani anda.

Dibawah ini antara komen-komen netizen yang menceritakan pengalaman yang serupa pernah terjadi kepada mereka.

Sumber: Layanlubro