Jika anda perasan, kebanyakkan lelaki selepas berkahwin mengalami masalah kegemukkan. Ramai lelaki mengeluh ‘kenapa badan makin besar?’ Sebenarnya tanpa anda sedari, anda sudah menjadi ‘pemalas’ selepas berkahwin.

Jika dahulunya semua kerja anda yang uruskan, tetapi selepas berkahwin, semua kerja diberikan kepasa isteri. Kerja anda setiap hari hanya pulang kerja, makan dan tidur. Waktu cuti lagi lah menjadi hari menternak lemak. Hanya makan dan tidur sahaja, jadi jangan tertanya-tanya pula kenapa anda menjadi gemuk selepas berkahwin ya!

Apakah punca menyebabkan perubahan itu? Jom kita semak.

Isteri pandai memasak

Antara puncanya mungkin mendapat seorang isteri yang pandai memasak dan gemar memasak. Jikalau dahulunya hidup berseorangan makan seharian tidak dijaga, tetapi setelah mendirikan rumah tangga hidup lebih teratur dan jadual makan juga teratur.

Terlalu rasa selesa dan menjadi malas

Kalau dahulu nya sentiasa mengambil berat mengenai penampilan diri, setelah mempunya isteri terasa hidup sudah lengkap dan hidup terlalu selesa. Ini antara faktor kenapa lelaki sudah tidak ambil peduli berkaitan dengan penampilan diri.

Tidak lagi aktif dan malas bersenam

Masa terluang yang ada sewaktu bujang yang dahulunya di isi dengan aktiviti bersenam kini sudah tiada lagi apabila masa terluang itu telah di isi dengan aktiviti di dalam rumah bersama isteri dan anak, menonton televisyen bersama isteri, menjaga anak. Sudah jarang-jarang bersenam malah lebih suka hanya duduk dan bermain bersama anak. Ini juga antara faktor berat badan tidak turun malah makin bertambah apabila setiap hujung minggu isteri menyediakan makanan-makanan yang enak.

Bertukar jadual seharian

Sewaktu bujang dan berseorangan, selalunya segala kerja rumah dilakukan seorang diri, malah ianya adalah aktiviti senaman harian yang boleh dilakukan untuk mengeluarkan peluh. Tetapi kini segalanya diurus oleh si isteri, kalau dulunya aktif bekerja sekarang hanya duduk dan menonton televisyen dan membaca surat khabar. Peluh tidak keluar dan kurang pergerakkan antara faktor kenaikkan berat badan.

Walaupun kehidupan selepas kahwin boleh memudahkan aktivit harian anda wahai suami, jangan sesekali abaikan tanggungjawab anda sebagai lelaki. Untuk pengetahuan anda, 80% kerja rumah sepatutnya diuruskan oleh lelaki, dan isteri hanyalah seorang ‘pembantu’ untuk si suami. Bukan keseluruhan kerja itu ‘kerja tetap’ suri rumah ya!

Sumber: Internet