Mungkin anda sering melihat budak-budak bijak pandai ini selalu berseorangan. Jika di sekolah, mereka suka bersendirian dan mengulangkaji pelajaran mereka. Makan seorang, jalan seorang, malah jika keluar bersiar pula lebih suka berseorangan.

Individu seperti ini sememangnya sangat teliti dalam memilih rakan, kerana bagi mereka jika tersalah pilih rakan akan memberi tekanan dan membuatkan mereka luangkan lebih masa terhadap perkara yang sia-sia.

Berdasarkan kaji selidik yang diterbitkan oleh British Journal of Psychology, orang yang bijak tidak memiliki ramai kawan kerana mereka sentiasa memilih kawan yang tepat dalam hidup mereka. Selain itu, mereka juga tidak mahu ramai kawan supaya mereka mempunyai cukup masa untuk diri mereka sendiri.

Mereka suka menyendiri dan melakukan aktiviti sendiri, dan jika mereka memliki rakan yang ramai, ada kemungkinan aktiviti harian mereka terganggu. Individu yang memiliki IQ yang tinggi biasanya suka melakukan perkara yang mendatangkan hasil, bukan seperti individu biasa yang hanya suka melakukan perkara sia-sia.

 

Ada sesetngah orang berpendapat bahawa mereka yang suka memilih, hidup akan sunyi dan kekosongan. Namun bagi mereka, tiada masalah walaupun tidak mempunyai ramai rakan.

Apa guna mempunyai ramai rakan jika ketika anda dalam keadaan susah, mereka hilang entah kemana. Individu yang bijak bukan hanya bijak pada pembelajaran sahaja, namun perlu bijak dalam memilih rakan sebaya.

Sumber: Sajakongsi.com