Lelaki kacak selalu di label sebagai lelaki yang sombong, mana tidaknya, dengan perwatakkan yang menarik, memiliki ketampanan dan ketinggian yang di idamkan, sudah pasti ada ramai wanita yang terpikat bukan?

Tetapi betul ke lelaki kacak memilik perangai buruk yang seharusnya wanita hindari? Orang kata ‘tak kacak tak mengapa, janji hati baik’. Sememangnya ramai wanita memilih teman lelaki hanya sekadar memilih rupa.

Jika anda antara wanita yang hanya memilih paras rupa, anda harus membaca artikel ini sehingga habis! Terdapat 5 Sifat buruk yang hanya ada pada lelaki kacak sahaja.

Memilih

Bila wajah dah kacak, sebolehnya hendakkan teman wanita yang cantik. Tidak mudah memandang kepada wanita yang ‘kurang cantik’, nanti jika bercinta dengan wanita yang biasa-biasa apa pula kata orang. Lelaki jenis pilih bulu ini suka mendengar cakap orang dari perasaannya sendiri.

Kuat perasan

Sikit-sikit perasan kacak, lagi-lagi apabila ada wanita memandangnya. Walaupun ia hanyalah sekilas pandang, baginya wanita tersebut sudah jatuh cinta dengannya.

Mata keranjang

Jangan hairan sangat kalau lelaki kacak ini ramai teman wanita, ada yang sampai bercinta dengan 3 orang sekaligus dalam satu masa yang sama. Agak-agak kalau kantoi tu boleh selamat tak?

Mudah mendapat kemaafan

Lelaki kacak memang seiring dengan kata-kata manis di bibir, buat salah besar sekalipun, jika dia keluarkan kata-kata manis tahap kencing manis, pasti kesalahannya terus dilupakan dan sangat mudah di maafkan. Untung la anda lelaki kacak kan?

Mata duitan

Jika anda rasa anda wanita sahaja kaki kikis apabila memiliki wajah yang cantik, lelaki yang berwajah tampan juga berpeluang besar menjadi kaki kikis. Berbekalkan rupa yang kacak, dia boleh saja mendapat emak-emak datin untuk di kikis duitnya. Kejam bukan?

Sebagai wanita, anda harus bijak dalam memilih pasangan, agar tidak menyesal dikemudian hari!

Sumber: Hanasuva.com