Setiap pasangan yang sudah berumahtangga pasti inginkan bahagia itu kekal hingga ke akhirnya. Namun siapa sangka perkara yang tidak sepatutnya menjadi titik-titik akhir sebuah perkahwinan. Kisah yang ingin dikongsikan ini adalah kisah sepasang suami isteri yang mati secara tragis. Ianya bukan kes bunuh biasa, namun ianya dilakukan oleh pasangan mereka sendiri yang akhirnya membunuh diri setelah membunuh pasangannya.

Pasangan terseut ialah James dan Amy. Polis kemudian pergi ke rumah James dan isteri yang sejauh 20 batu dari tempat kejadian pertama. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati di rumah perkongsian suami isteri itu, Amy (isteri) pula ditemui mati dengan kesan kelar dan tikam di leher.

Polis mempercayai tragedi ngeri ini adalah insiden bunuh kemudian membunuh diri. Beberapa jam sebelum membunuh diri, James sempat memuatnaik gambar perkahwinannya pada Mei 2014 di Facebook.

James dan Amy telah berkahwin selama 3 tahun. Manakala Amy pula didapati kerap memuatnaik gambar dirinya “berseorangan” tanpa James di Facebook.

Kejadian ini amat tidak disangka kerana para jiran dan ahli keluarga terdekat mereka mengatakan pasangan ini kelihatan seperti “amat menyayangi antara satu sama lain.”

Amy bekerja sebagai seorang jururawat untuk penjagaan bayi baru lahir.

Media sosial seperti Facebook dan bagaimana ia bahaya untuk kesihatan mental
Bagi saya, kejadian seperti ini membuktikan satu perkara: media sosial bukanlah gambaran sebenar tentang realiti.

Memang media sosial seperti Facebook memberi kita peluang untuk lebih berhubung dengan masyarakat, ilmu dan perniagaan.

Namun, media sosial juga mempunyai keburukan yang tersendiri. Keburukannya adalah konsep realiti yang salah.

Dan kita sebagai pengguna sebenarnya yang menyumbang kepada konsep ini.

Menurut pakar, kebolehan pengguna untuk mengedit dan memanipulasi media sosial menyebabkan kita buat media sosial sebagai satu platform untuk “menayangkan” versi diri yang ingin kita lihat.

Terlalu obses dengan imej dalam media sosial juga menyebabkan pengguna tidak betul-betul membina hubungan emosi dengan pasangan.

Dalam kes ini, James sempat memuatnaik gambar perkahwinannya dengan sweet caption sebelum membunuh isterinya.

James menulis caption ini dalam gambar perkahwinan mereka itu,

“Semuanya kelihatan sempurna. Namun, ia lebih sempurna daripada yang sepatutnya.

Isteri saya telah buat saya jatuh cinta dengannya. Dia amat cantik dengan gaun perkahwinan itu.”

Namun, hal ini tak membuktikan perkahwinan James dan Amy benar-benar bahagia.
Apa yang boleh kita belajar daripada insiden menyayat hati ini? Gunalah media sosial untuk kepentingannya saja.

Faham satu perkara, di sebalik gambar indah yang kita nampak di Instagram, Facebook atau Twitter, pasti ada ketidaksempurnaan yang tidak dimuatnaik.

Jangan ingat semuanya sempurna saja. Kan lebih bagus kalau pengguna juga memuatnaik sebarang gambar “tidak sempurna” di sebalik semua pos itu?

Atau mungkin kita boleh muatnaik apa yang sebenarnya terjadi. Realiti sebenar!

Sumber: Theasianparent