Info-info Menarik Tips

Pantang Larang Semasa Ibu Tengah Menyusui Anak, Suami Kena Tahu!

Para Suami perlu mengetahui tentang pantang larang yang harus isteri mereka lalui selepas bersalin. Ini adalah info yang sangat berguna bagi ibubapa yang masih tidak tahu tentang perkara ini.

“Kadang Bengkak Susu, Sambil Pejam Mengalir Air Mata Tahan Sakit,” begitulah rintihan setiap ibu-ibu yang menyusukan anaknya.

Setiap ibu pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Dari mula kandungan sehingga lah kelahirannya. Jika dalam kandungan si ibu akan memakan makanan berkhasiat untuk anak begitu juga bila sudah dilahirkan susu ibu adalah makanan khasiat yang tidak ternilai.

Pengorbanan ibu ini sangat besar, dari sebelum kelahiran anak sehingga lah dalam proses pembesaran anak. Buat si bapa jangan lah pandang ringan jika anak anda hanya meminum susu ibu. Bantu lah ibu ketika dia sedang sibuk menyusukan anak anda.

Pantang Larang

1. Kalau ibu yang selepas  bersalin normal atau czer perlu lah jaga kesihatan mengikut pantang. Untuk mengelakkan penyakit urat kemudian hari.

2. Amalan berpantang sememangnya sangat lah mencabar pada ibu yang pertama melahirkan anak pertama. Penjagaan selepas bersalin adalah sangat sangat penting untuk mengembalikan kesihatan ibu. Perubahan fizikal semasa mengadung, dan juga tahap kesihatan menurun ibu-ibu semasa mengandung yang tidak menjaga perut nya sampai mendapat strech mark.

3.  Amalan bertungku sememangnya amalan yang sangat baik. Bertungku bukan saja membantu mengecutkan batu meroyan, pecahkan lemak dan juga mengempiskan perut anda supaya langsing. Tungku daripada tanah liat sangat mujarab. Bukan sahaja ibu lepas bersalin boleh menggunakannya. Ia juga bagus apabila sesiapa yang datang period atau senggugut yang teramat sakit, panaskan tungku atas dapur dalam setengah jam dengan api yang besar. Apabila sudah panas, angkat dan balut sama daun mengkudu dan kain. Tungku ke perut supaya darah beku keluar.

4. Tungku tanah liat sangat ringgan dan senang. Anda sendiri pun boleh buat. Kalau anda tidak ada sesiapa nak bantu anda sendiri boleh bakar atas dapur sebab tungku tanah liat ringan dan senang di pegang.

5. Membuang angin dan juga yang kurang selesa perut anda. Bakar batu dan lapikkan dengan daun mengkudu. Bertungku lah selama 1 jam  pagi dan petang. Tungku perut dan pinggang. Sebab anda mengandung selama 9 bulan akan merasa sakit pinggang. Dan belakang badan.. duduk kan batu tungku supaya kena pada bahagian buntut.

6. Bangun pagi “sauna” dahulu dan mandi air daun2 seperti daun serai wangi, daun pandan, daun lengkuas, daun inai dan juga rempah. Sauna memang bagus untuk ibu baru melahirkan kerana ia akan mengeluarkan peluh dan kalestrol dalam badan. Sauna bolih menurunkan berat badan dengan cepat sbb ia mengeluarkan banyak peluh. Selepas sauna hendak lah minum air putih sedikit.  kalau rajin sauna pagi dan petang. Air sauna tadi buatkan mandi .

7. Selepas mandi anda mesti lah bertanggas untuk mengecut kan saluran faraj. Bertanggas juga akan mengeluarkan darah busuk. Badan akan terasa selesa dan juga buangkan angin dalam perut dan darah beku, Peranakkan juga mengecut dengan cepat. Kalau bolih bertangg7as lah 2 kali sehari selama 44 hari, Bertanggas khasiat nya perut akan merasa selesa dan badan akan rasa ringan.

8.Berurut ada lah amalan yang paling baik kepada sesiapa saja yang ada mengalami masalah saraf. Ibu yang lepas bersalin wajib berurut di sebabkan kerana saraf nya semua merasa tegang dan juga selepas mengeluarkan bayi peranakkan ibu masih di bawah. Jadi itu lah yang si ibu kena berurut supaya bidan bersalin dapat menaikkan peranakkan nya kembali asal dan juga kedudukkan nya di tengah pusat. Berurut juga untuk menlancarkan peredaran darah dan juga sendi- sendi anda rasa selesa. Sebab masa mengandung perubahan fizikal dan pinggang dan belakang akan terasa teramat lah sakit, Dengan berurut lah akan melegakan keadaan saraf anda.

9. Sapukan param keseluruh badan, Pilis kan dahi supaya jangan masuk angin melalui urat kepala, pilis kalau sudah kering bolih lah di basuh. Param perut bolih lah pakai produk Amway sangat bagus, Sudah kering Param perut bolih lah di bengkong dari ponggong hingga ke bawah payu dara. Berbengkung lah dengan ketat dan kemas, Jangan nampak sampai berbonjul2. Kalau bolih biar lah nampak perut anda leper.

10. Mengandung hingga melahirkan. Semasa tempoh kelahiran, Ibu banyak mengunakan tenaga dan mengeluarkan banyak darah. Semenjak mengandung lagi si Ibu merasa badan kurang selesa dengan perubahan fizikal nya dan juga waktu bersalin. Kerana mengeluarkan banyak darah, Itu lah yang membuatkan anda terlalu lemah dan tak berdaya.

11. Mengeluarkan angin dari badan anda. Ibu mesti pakai lah baju panjang dan stokin untuk memanaskan badan. Badan ibu akan cepat merasa sejuk dan lemah, Atau bengkak terutama di bahagian kaki kalau tak mengikut pantang.

12. Makan berpantang, Masak lah mengunakan beras Brown Rice supaya cepat turun berat badan, sebab Brown Rice tidak ada kanji, Dan juga masak lah ikan kerisi , ikan gelama, ikan merah, ikan selah. Jangan makan ikan yang bisa. Kalau nak makan ayam tunggu lusa sudah baik sikut bolih lah makan ayam. Kalau nak makan ayam, makan lah ayam kampong yang palin baik. Sayuran hanya sawi kalau minggu pertama masuk minggu ke dua bolih lah masak lobak merah dan brokoli. Kalau nak goring jangan pakai minyak langsung masuk air didikan masukkan bawang putih dan ikan bilis d tumbuk seperti di goreng tapi mebgunakan air baru masukan sayur.

13. Semasa makan nasi minum lah air akar herbanika jangan minum air masak banyak sangat . Nanti akan buncit perut dan kembang saraf perut. Masak lah ikan di bungkus dalam alluminium foil, dan di masak atas kuali lepir dan tak berminyak. Sudah bergelembung itu bermakna sudah masak. Apabila nak makan pastikan perut berbenkung.Supaya perut tak kembang dan buncit. Makan lah sedikit saja. Tapi banyak kali tak apa, para ibu yang sudah bersalin sentiasa lah minum jamu supaya tempat rahsia anda sentiasa panas. Anda kena rajin minum jamu dan kena kuat berpantang, Badan anda akan montok dan langsing, ibu lepas bersalin kena lah pakai setokin dan juga baju panjang supaya badan tak masuk angin.

14. Ibu yang lepas bersalin kalau jaga kesehatan badan dan sentiasa makan jamu badan dia akan rasa cergas tak lesu dan tak rasa letih2 badan dan sakit urat kemudian hari. Jangan minum air ais sebab air ais memang tidak bagus untuk Ibu yang lepas bersalin, Ia akan membuatkan anda sakit urat apabila meningkat usia. Kalau nak supaya urat anda tak sakit bila anda meningkat usia jangan lah ambil air ais.

15. Untuk air rebusan Mandi daun herba semasa berpantang. Tanaman herba berkhasiat sangat banyak dan masih tidak sukar untuk mencarinya. Ianya masih ditanam di halaman – halaman rumah dan ada juga yang masih dijual di pasar- pasar. Seperti di kawan pasar chow kit road ada jual barang – barang herba ni.

16. Kehebatan pokok – pokok herba memang diakui sangat baik untuk manusia. Buat ibu yang memerlukan rawatan untuk mengembalikan kesegaran tubuh, air rebusan daun herba sangat – sangat membantu.

17. Air rebusan daun sangat baik untuk mengembalikan kesegaran urat saraf dengan aromanya yang sangat sedap dihidu ianya juga membuat menenangkan fikiran dan badan.

18. Bahan – bahan nya yang di perlukan untuk menyediakan mandian herba:

 – Sintok

 – Daun Mengkudu

 – Serai Wangi

 – Daun Pandan

 – Daun Sireh

Rebus dan gunakan air rebusan setiap kali mandi pagi dan petang sepanjang tempoh berpantang. Ia berkesan memberikan kesegaran dan meninggalkan bau haruman pada badan.

Semoga info-info ini bermanfaat buat semua. Tekan butang “kongsi” atau “share” untuk memberitahu juga kepada rakan-rakan anda yang lain.

 

Sumber: mamaogy.com

Leave a Reply

%d bloggers like this: